Sunday, 28 October 2012

BILA SUKA JADI DUKA

Da lama tak usik menatang blogger ni. Da naik bersawang unta sekor ni.

 Malam ni aku nak buat karangan bangang tahap cipan bukan unta.

Hari ni seronok bukan main bila kakak aku tiba-tiba dapat hidayah nak belanja kepsi dengan donat apple besar. Tapi ternyata  ada satu pesanan aku lupa. Orang tua aku pesan jangan ketawa sangat nanti menangis.

ceritanya bermula...................


saspen pulak ( - -)"

Masa tu aku tnegah seronok online pesbuk sambil main flash gitar lagu american 'bijak' hasil nyanyian hari hijau yang kamu orang lebih suka panggil green day. Aku tengok rekod point 13k. 
Aku dah dapat 12k. Dapat kelihatan bias-bias jeles member aku yang kenalkan lagu tu kat aku suruh aku main. kehkehkeh

Tiba-tiba, pop keluar no 1 disaluti warna merah dalam kotak empat segi tepat warna biru air laut belah kanan page pesbuk aku. 

"game pukul piro?"
satu pernyataan, menanyakan game manchester united pukul berapa.
kelihatan agak murtad jawanya.

aku balas simple
"12"
"jap lagi aku sampai" balas mahluk tu

tunggu punya tungu punya tunggu bulan tak timbul-timbul. eh itu bujang lapuk daaa.. 

Tunggu punya tunggu mahluk tu tak sampai.

member rumah aku dah gerak dulu "mengeport" dihadapan mamak dekat lampu isyarat.

berbekalkan streaming yang macam haram punya sangkut aku tengok abam van persie dah skor 2 bijik.

aku mula panas punggung nak bahan member chelsea gua yang fanatiknya agak menyeramkan.

Kalah fan-fan kpop di kaki lima mall di sekitar tanah malaysia. 

tanpa menghiraukan lagu green day yang terus berkumandang di corong head phone, 
aku start tenggiling kelabu aku sebelum sempat mengikat kemas sarung pelindung kepala aku jenama ms88. 
Helmet kegilaan ahli-ahli motor satu ketika dulu. sampai tertinggal dekat kedai tujuh sebelas beli top up pon mau sempat disagon nya.


Sampai mamak traffic light aku dah nampak budak-budak chelsea tertunduk-tunduk malu. aku senyum sinis.

tengok jumlah gol masih 2 berbalas telur unta. aku senyum sinis sekali lagi. kehkehkeh.

Aku mula pasang niat nak salam seketul-seketul mamat chelsea sebelum sampai meja member yang fan manchester united ni.

Orang pertama aku salam tak nak tengok muka aku. sampai orang kedua, "pprrraaaappp" papan tutup longkang tempat kaki kiri aku landing keluar bunyi. tengok kaki kiri aku dah tak nampak. meja aku paut dah senget sebelah.

tak cukup lagi, satu-satu cawan mula berlumba-lumba nak ikut landing dekat aku. dimulakan dengan teh tarik, diikuti kopi o dan kemudian 3 lagi cawan hinggap, yang aku tak sempat cam jenis airnya. aku naikkan cawan tu. pandai pulak dia turun balik kat kaki aku. aku dah terdengar hilai tawa mamat tak tau adab.

aku naik balik kaki aku tapi  malu aku dah timbul. hilang segala kedukaan fan-fan chelsea tu.

baru aku dapat kerusi nak duduk tau-tau chelsea dah dapt masukkan 2 biji belakang de gea.. makin galak mamat-mamat tu ketawa. aku cuma mampu tunduk.

tapi nasib baik abam reffree bagi 2 keping red card dekat chelsea. sudahnya manchester united menang 3-2

sampai part kira minum. mamak bangang pegi cas air tumpah satu cawan 1 hinggit. aku congak 5 ringgit. tak masok teh ais aku sama bungkusan kuye tiaw dengan mee goreng ayam yang abang aku pesan sudah nya sekali aku duduk kena cas empat blas hinggit. lahabau punya mamak lepas ni aku datang aku tapau banyak-banyak kari ayam kau aku cakap seketul je aku amik.

balik tu aku bukak you tube suggestion pertama ada kat tepi belah kanan tu lagu bawah ni



aku bengang. aku bukak blogger. aku bebel

p/s: jangan ketawa banyak sangat nanti menangis ternyata tidak betul. air mata jantan aku ni mahal kot. 



Thursday, 10 November 2011

perasaan balik kampung walaupun tanpa bas ekspress

assalamualaikom semuanya yang membaca. (macam ramai sangat je yang baca kan)

mula-mula sekali nak cakap la selamat ari raya aidiladha kat korang. amacam? puas melantak lembu?
aku sampai tahap sakit gigi 2 hari. korang?

sempena raya aji ni dapat la cuti seminggu, sekali dengan cuti pertengahan semester. dan maklumlah rumah setakat sejengkal dari universiti, cuti dengan tak cuti rasa sama je, ye dak?

so, apa aktiviti aku cuti ni. apa lagi temankan member yang dok sengsorang kat umah sewa, dan yang tak balik kampung tu la. kesian dia ye? kampung jauh ke sabah  nun. tak dapat makan apa? buras? menatang apa tu? tak tahu lah. tapi kalu dah pekena rendang mak aku tak adalah sedih sangat ye dak? aish apa ke hal pulak aku nak cerita mamat tak dapat balik kampung ni.

berbalik pada cerita asal yang aku nak cerita berdasarkan tajuk diatas. apa pasal ayat macam soalan pemahaman bahasa melayu pulak dah ni? ok, pagi tadi, dok tengah membuta duduk-duduk. tetiba satu suara yang pasti tak dapat dilupakan kedengaran

"ehin!!!" seru wak robian (3 kali tanda seru bai)

aku kalau dah dengar suara tu tengah mimpi makan kambing pangang pon boleh tersentak.

"ada apa bah" aku sahut

"tolong babah kutip buah sawit dekat kebun tu, pakcik senin ko tak larat tu, banyak sangat tu buah kot"

dengan tak mandinya, dengan tak sarapan nya, tanpa banyak soal bicara, terus aku terjah tengiling kelabu aku tu. bajet arini dapat la buang lemak yang melambak tak digunakan. ye la tolak buah sawit berat kot.

sampai je kebun. ha ni sampai pon. bilang cik senin. "ko tolong kutip biji-biji sawit yang jatuh tu, banyak sangat, tak larat cik nak kutip"

apa? ingat aku ni budak tadika ke nak suruh kutip bijik sawit ni.

nak tak nak kenala kutip jugak, mau taknak. baginya cik senin tu anta laporan harian beserta aduan aku mogok tak buat kerja, maunya kena herdik ala komando kalah perang. huh tak sangop aku.

dan bila kutip sebijik demi sebijik, aku rasa macam dah nak bunuh diri dah. gila gampang dia punya bosan. kalau dah lima jam buat benda sama, maunya aku balik rumah cari hampagas, sedut je terus senang. sampai pukul 2 kau buat benda tu. tak sangop aku teruskan dah.
nah kau setiap biji kena kutip


bila balik rumah, perut aku dah mula bagi reheasel lagu nirvana. aku tak pikir apa dah. mak cik inah punya bebel suruh mandi dulu dengan solat dulu dah aku anggap macam hinata dalam cerita naruto tu. tak da pon takapa. (hehehe sori mama. anda tetap cik awek dari lahir sampai mati.)

bukak je tudung saji. hanya tempe goreng bersam ikan tongkol masak pedas yang ada. juga berserta cekodok pisang pagi punya. bedal je la labu. rezeki tu.

apa punya nasib la. pagi-pagi dah kena jadi buruh paksa, tengahari dapat makan tak best pulak.

tapi bila aku duduk lepas balik mengenang nasib. inilah aku. anak wak robian dan makcik inah, sekadar keluarga petani yang sederhana, yang asalnya parit raja dan keturunannya jawa. hilang perasaan aku sebagai pelajar uthm ni. akhirnya, aku dapat balik perasaan hidup kat kampung. YEAH!!!


p/s : sekarang aku betul-betul respect kat pakcik yang dapat kumpul duit sampai dapat pergi haji dengan hanya menyawit. tabik spring kat wak semua.

Sunday, 30 October 2011

under dog hanya pada nama

malam tadi, tengah aku syok-syok layan game nogoghi 9 vs ganu. tiba-tiba, tipon aku mengeluarkan bunyi menandakan ada brader kol aku.

brader: hello sol besok ko free tak?
aku:     tak tau lagi. apa hal?
brader: tak da la kalau ko free aku nak ajak ko main futsal sok.
aku:      ha kalu men futsal aku free kot (ceh dengar futsal terus free)
brader: ha kitorang kat warung cik ipin ni tengah isi borang.
aku:      ha ok2 sok aku datang

besok nya pagi-pagi lagi aku dengan adik aku dah terpacak kat warung tu. lupa nak cakap adik aku pon main sekali tapi tak satu team dengan aku.

lepas tu datang sorang brader. adam nama dia. dia la yang ajak aku main.
dia cakap

"sol, aku bagi kau team power ni, korang kompom pergi ni., team aku dengan team adik kau wat kacau liga je bagi senang jalan kau."

aku pon tengok list nama team aku. aku senyum sengsorang. pergghh semua jaguh kampung aku ni. paling tidak pon mesti sampai semi final ni. getus hati aku riak yakin.
aku tengok adik aku, aku buat muka dah dapat piala kejohanan dah. dan juga muka yang berbunyi ahh kau tak yah datang pon tak apa. sibuk je nak main. kihkihkih

so, bermulalah LIGA BELIA 4B. jangan tanya apa 4b tu, aku pon tak tau. adik aku punya team start the game. menang pulak tu. aku dalam hati, "kalau team adik aku yang junior tu bole makan,team aku kompom bole makan semua ni.

lepas beberapa perlawanan sampai la giliran team aku. dan team aku dan sudah semestinya aku bermain dengan penuh semangat (padahal goalkeeper je pon) berdas-das try kitorang bagi kat opponent. lebam-lebam jugak aku tengok goalkeeper opponent. so the result 2-1,

yup team aku 1. lahanat. perghhh malu gila. team pilihan kalah 1st game, team under dog pulak yang menang. tak apa, baru satu game kita main liga, team mate aku cuba menenangkan keadaan.

namun apa yang berlaku team kitorang tetap kalah next game, 2-1 dan hanaya mampu seri 1-1 dalam game seterusnya. sakit tangan dengan kaki aku, hati jangan cerita la.lagi perit. da la main dekat home. tengok-tengok team junior je yang dapat pergi second round.

so kitorang mula putus harapan. maklumlah harapan tinggi kot. tapi grouping pon tak lepas. aku pon tengok team junior ni macam tak boleh pergi jauh jugak. yela team first pon dah tapau awal. takkan team yang sekadar wat penuh list group boleh pergi lagi jauh ye dak?

tapi apa yang berlaku, satu-satu team opponent team junior ni diorang tapau. diorang tunjuk yang diorang pon sama je dengan team yang lain walaupun team lain jauh lebih senior dan ada pengalaman. dan last sekali diorang sampai ke final dan johan liga tu. keluar je dari gelanggang, adik aku buat muka sebijik macam aku buat masa mula-mula tadi. celaka. nasib baik kat public, kalau kat rumah tu dah makan pelempang jepun sedas dah tu.

tak apa. tahun depan liga tu ada lagi. tengok siapa buat muka lepas ni.

so apa yang aku nak cakap, biarlah apa pandangan orang kat kita, apa yang penting kita tau yang kita jauh lebih baik dari pandangan orang tu.


you all deserve the win status bro
tahniah team PJL d

                                   
p/s: apsal kalau kalah futsal aku sangop tunggu sampai tahun depan tapi kalu kalah dalam exam aku boleh down sampai rasa dunia dah nak berakhir?

Monday, 24 October 2011

bodoh

malam tadi aku dapat mimpi ngeri. man utd kena dengan city sampai 6 bijik.. huh. nasib baik jersi man utd aku belum sampai lagi. kalau tak mau aku koyak-koyak baju tu. tak pa la ada ubi ada batas lain hari kitorang main tempat korang, kasi berbelas-belas.

ahh duniawi semua tu. tapi ada lagi yang lebih duniawi. minggu ni munggu dapat balik kertas test. aku mula-mula macam tak nak cerita benda ni kat sini. tapi memandang kan kat sini la tempat aku boleh maki-maki tanpa sebarang makian balas dari pihak lawan. maka aku ingat nak buat luahan perasaan la kat sini. peduli la korang nak kata aku jambu ke apa ke. pegi mam.

agak-agak apa perasaan korang bila tengok member-member semua markah best-best, bila sampai kertas tu sampai kat korang, markah yang macam sial terpampang.

apa yang aku rasa?
 
aku rasa macam nak pijak-pijak kertas aku
aku rasa macam nak naik klcc pastu terjun sambil jerit fuck examination
aku rasa macam nak tukar kos.
aku rasa macam nak berhenti belajar, pastu kerja sodok buah sawit
aku rasa macam nak cari orang markah paling tinggi pastu lempang dia kuat-kuat

DAN

aku rasa aku paling BODOH sekali.

ps: aku rasa macam nak nangis pon ada ni..damn

Thursday, 6 October 2011

bila mata dah terpaut, hati pon nak ikut sangkut

hati ini kini tercari-cari
siapa pemilik sebelah lagi
sudah penat diri ini mencari
hingga kini tiada lagi


tetapi tetiba sesuatu berlaku
mata kita bertentang bersama disitu
kau angkat tangan lambai dan senyum padaku
ku rasa hatiku bergetar umpama pecahnya batu


adakah kamu yang aku nanti selama ini
menjadi penyeri hatiku yang sepi
bila mana malam engkaulah mimpi
tapi hatiku masih sepi


bila bertemu kau perlihatkan senyum
tapi kata-kata tak pernah bersua antara kita
akan mungkinkah perasaan itu menguntum
yang kita gelarnya sebagai 


jika benar dia milikku, akan benar ku bahagia
ya allah tunjukkan aku jalannya
aku berdoa agar bersama kita bahagia
namun aku redha dengan ketentuannya


jika dia bukan pemilik tulang rusukku
maka hilangkan lah kecantikan dia dari mataku
agar dapat ku teruskan hidupku
biar pun sepi yang menemani hatiku






hati yang terpaut 2011




*p/s: aku tak tau apa dah jadi kat aku..sapa-sapa leh bagitau??

Thursday, 29 September 2011

jalan kluang jalan makan darah

aku tak tau nak cakap macam mana. dalam masa tak sampai seminggu 2 orang jadi korban kat jalan pt raja ni. 2 hari lepas budak baru umur 16 tahun jadi korban. bukan orang lain, member aku. tak sanggup aku nak cerita.

tadi baru 2 hari lepas kejadian tadi, ada satu lagi accident. motor berdentum dengan honda city. ada dua orang kat moto tu. masa aku sampai mangsa baru diangkat dalam ambulance.

aku tengok pembantu perubatan dalam tu cuma berusaha kat sorang mangsa je. aku tengok yang sorang lagi tu dah tak bergerak. aku pon tak berani nak cakap macam apa jadi kat dia tu.

kalau tengok betol2 cermin depan driver tu pecah sebab orang nye terhentak kat situ


aku tak nak cerita lebih-lebih pasal accident ni. apa yang aku nak cerita pasal JALAN.


seingat aku jalan pt raja ni mula di upgrade masa aku sekolah menengah tingkatan dua. sekarang aku dah tahun dua dekat universiti. kalau dikira dah dekat sepuluh tahun buat jalan ni. dan sampai sekarang masih tak siap lagi.

dah puas aku tengok orang accident kat jalan pt raja ni. yang mati? jangaan cerita lah

sampai aku pon naik histeria. kadang-kadang tu nak menyeberang masok ke rumah aku pon aku takot. sampai sanggup aku buat u-turn kat traffic light.

pada semua yang melalui jalan pt raja ni tolonglah, jangan mentang-mentang jalan ada dua line korang bantai macam highway. ok lah aku pon tak nak membebel banyak-banyak. maklumlah umur pon belum layak nak mengundi. zakat pon masih wak robian yang tunaikan.  aku nak cakap satu je. pandulah dengan berhemah.

p/s: ingatlah orang yang tersayang

Sunday, 25 September 2011

best tak best bila universiti di tempat sendiri

satu masa dulu time muda-muda, mak aku selalu pesan, "ihin, belaja rajin-rajin. nanti boleh masok universiti, boleh belajar jauh-jauh"
 tapi apa jadi sekarang. universiti tetap dapat tapi dekat dengan rumah pulak. nak wat macam mana. da rezeki aku dekat sini, terima je lah.

memang bila dapat belajar dekat ni sangat untung. segala hal remeh temeh ni boleh setel dengan simple dan efisyen. contoh paling senang?
 pastilah soal makan. haa lapar-lapar tak payah susah-susah nak keluar pegi cari warung ke. masak maggi ke. senang je. bukak je tudung saji tu. kompom ada lauk. paling cikai pon mesti ada ikan goreng.
tapi bab makanan ni boleh jadi tak best. benda ni berlaku bilamana sesekali nak keluar makan dengan member kat warung, satu ayat yang menusuk kalbu bakal menerpa telinga, aik, rumah dekat pon nak makan kat warung? mak kau tak masak ke? terus tak jadi makan. order sirap ais limau je.

selain makan, benda yang jadi senang bila belajar dekat ni adalah perihal rumah. bila kontrak duduk asrama dah habis, mula member-member yang lain sibuk nak cari rumah sewa la, pergi interview untuk mohon asrama bagai. aku? rilek dan cool je. dok rumah sendiri je.tak payah nak risau.
ada siap boleh carikan member rumah sewa lagi. haa kepada member2 yang dok umah sewa hasil usaha aku tu kalau aku datang jangan lupa keluarkan segala lauk-pauk serta air kotak dalam ais box tu kehkekeh.

selain tu aku memang beruntung bila dapat tengok muka dan salam serta cium tangan wak robian serta cik inah setiap hari sebelum pergi kelas. tak perlu susah-susah topup untuk dengar suara diorang. tapi bila dah duduk dekat rumah ni macam terlebih pulak dengar suara diorang ni. pantang terlepas sikit.
kalu cik inah punye ayat boleh tahan lagi. tapi bila wak robian dah bersuara, perghhh menusuk kalbu der.

"ehin awak tu kan dah besar. belajar tinggi sampai ke universiti. tapi tengok bilik tu dah macam tempat kapal karam dah. itu tempat tidur ke tempat jin bertendang? "  blablabla

bawak sampai petang. tu baru perihal bilik. belum sampai perihal makan banyak, perihal pointer lagi. lagi mau berminggu tahan dia punya ceramah


bila belajar dekat-dekat ni, senang je nak jawab bila member tanya benda-benda remeh macam mane makan sedap dan murah, mana nak cari barang murah dan lain-lain. tapi akan jadi sangat bengang bila member-member tanya benda-benda pelik yang kat parit raja ni. contohnya kat sini mana ada swiming pool? mana la aku tau. kalau aku kecik-kecik dulu, swiming pool aku kalu tak sungai atau parit, kolah orang amik air semayang pon boleh layan. tapi tu dulu la sekarang tak lagi dah. penat dah main kejar-kejar dengan pak imam.

lagi satu bestnya belajar dekat ni, dapat bahan member-member yang belajar jauh-jauh dan ada home sick. time tu jangan la bag aku nampak status facebook orang yang ckap rindu kampung ni. memang bakal menjadi mangsa aku. dengan senag hati je aku komen.
nak aku sampaikan salam kat mak ayah korang ke? aku start moto je kalu nak. kahkahkah


selain tu ada satu tak boleh aku lupa bila ada seorang ayah member aku cakap. time tu musim student balik kampung
"lepas ni balik kampung naik bas henti-henti tanjau je la ye."



 sori la pakcik aku mana layan bas tanjau ni aku layan bas causeway link je.ad aircond




tapi bila sampai masa reunion aku pulak jadi mangsa. lagi-lagi bila cikgu tanya. awak sekarang belajar kat mana solehin? huh tak sempat aku jawab da ada kedengaran suara puaka
"dia penjaga kawasan pt raja cikgu. mana nak belajar jauh-jauh belajar kat uthm je"
huh tak da adab betul. kalu ye pon nak bahan aku tunggu la aku jawab dulu.tapi baru nak jawab lepas komen tu. cikgu dah tambah dah.
" la macam tu senang la makan free. patotla badan pon besar sihat je."
time tu terus aku lupakan niat aku nak promote uthm.

p/s: hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, tapi kalau hujan kat parit raja aku kat bilik tengah tido