mula-mula sekali nak cakap la selamat ari raya aidiladha kat korang. amacam? puas melantak lembu?
aku sampai tahap sakit gigi 2 hari. korang?
sempena raya aji ni dapat la cuti seminggu, sekali dengan cuti pertengahan semester. dan maklumlah rumah setakat sejengkal dari universiti, cuti dengan tak cuti rasa sama je, ye dak?
so, apa aktiviti aku cuti ni. apa lagi temankan member yang dok sengsorang kat umah sewa, dan yang tak balik kampung tu la. kesian dia ye? kampung jauh ke sabah nun. tak dapat makan apa? buras? menatang apa tu? tak tahu lah. tapi kalu dah pekena rendang mak aku tak adalah sedih sangat ye dak? aish apa ke hal pulak aku nak cerita mamat tak dapat balik kampung ni.
berbalik pada cerita asal yang aku nak cerita berdasarkan tajuk diatas. apa pasal ayat macam soalan pemahaman bahasa melayu pulak dah ni? ok, pagi tadi, dok tengah
"ehin!!!" seru wak robian (3 kali tanda seru bai)
aku kalau dah dengar suara tu tengah mimpi makan kambing pangang pon boleh tersentak.
"ada apa bah" aku sahut
"tolong babah kutip buah sawit dekat kebun tu, pakcik senin ko tak larat tu, banyak sangat tu buah kot"
dengan tak mandinya, dengan tak sarapan nya, tanpa banyak soal bicara, terus aku terjah tengiling kelabu aku tu. bajet arini dapat la buang lemak yang
sampai je kebun. ha ni sampai pon. bilang cik senin. "ko tolong kutip biji-biji sawit yang jatuh tu, banyak sangat, tak larat cik nak kutip"
apa? ingat aku ni budak tadika ke nak suruh kutip bijik sawit ni.
nak tak nak kenala kutip jugak, mau taknak. baginya cik senin tu anta laporan harian beserta aduan aku mogok tak buat kerja, maunya kena herdik ala komando kalah perang. huh tak sangop aku.
dan bila kutip sebijik demi sebijik, aku rasa macam dah nak bunuh diri dah. gila gampang dia punya bosan. kalau dah lima jam buat benda sama, maunya aku balik rumah cari hampagas, sedut je terus senang. sampai pukul 2 kau buat benda tu. tak sangop aku teruskan dah.
| nah kau setiap biji kena kutip |
bila balik rumah, perut aku dah mula bagi reheasel lagu nirvana. aku tak pikir apa dah. mak cik inah punya bebel suruh mandi dulu dengan solat dulu dah aku anggap macam hinata dalam cerita naruto tu. tak da pon takapa. (hehehe sori mama. anda tetap cik awek dari lahir sampai mati.)
bukak je tudung saji. hanya tempe goreng bersam ikan tongkol masak pedas yang ada. juga berserta cekodok pisang pagi punya. bedal je la labu. rezeki tu.
apa punya nasib la. pagi-pagi dah kena jadi buruh paksa, tengahari dapat makan tak best pulak.
tapi bila aku duduk lepas balik mengenang nasib. inilah aku. anak wak robian dan makcik inah, sekadar keluarga petani yang sederhana, yang asalnya parit raja dan keturunannya jawa. hilang perasaan aku sebagai pelajar uthm ni. akhirnya, aku dapat balik perasaan hidup kat kampung. YEAH!!!
p/s : sekarang aku betul-betul respect kat pakcik yang dapat kumpul duit sampai dapat pergi haji dengan hanya menyawit. tabik spring kat wak semua.











