Wednesday, 31 August 2011

selamat berhari raya

Assalamualaikom semua. Mula-mula sekali aku nak ucapkan selamat menyambut aidilfitri kepada semua pembaca sekalian , cewah.. Juga selamat tinggal kepada ramadhan almubarak. Insyaallah kita berjumpa lagi jika ada umur yang panjang.

 Memang aku harap lah untuk berjumpa lagi. Sebab bulan puasa tahun ni, perggghh teruk betul dah aku punya perangai. Tarawih da macam lampu liplap umah jiran aku. Sekejap menyala sekejap padam, pak imam sibuk tarawih kat dalam aku boleh port dengan member2 kat luar usha awek men bunga api. Tadarus pon entah kemana. Majlis khataman kampung pon aku tak join. Qiamulail? Peh dalam mimpi pon x muncul. Sibuk men futsal dengan tengok game man u  ada la. Haish. Apa la nak jadi aku ni. Pahala da la tak berapa nak banyak. Dosa jangan cerita la. Berbakul-bakul jugak rasanya. Hmm.

Tapi memandangkan aku puose penuh tahun ni maka, kira layak lah aku beraya ya. Ye dak? Tapi kalau yang perempuan tu macam mana? Diorang mesti puose tak penuh..kan? so tak bole raya la? X pa lah bole la bagi raya gak. Yang penting ganti balik pose yang korang monteng dengan sebab tu ye. Tak bes pulak kalau beraya x da awek-awek yang cun-cun dan comel-comel ni  bersama kan? Haaa Walaupun aku tak ensem, tapi nak jugak cuci mata. Maklumlah sebulan berperang dengan nafsu. Kasi la dia can sikit time raya nanti. Kan? Ok dah cukup mengarut

 Kali ni aku nak cerita pasal sambutan hari raya yang biasa aku jalani sepanjang hidup aku ni. Kalau kat pt raja ni malam raya nya memang meriah. Tak sah la kalau x da satu mahupun dua gerombolan mat motor pusing depan umah. Begitu juga dengan berduyun-duyun kereta di jalan depan umah aku. Maklumlah rumah depan jalan besar.

Kat pt raja ni setiap tahun akan ada ekspo diadakan dekat tengah-tengah pekan tu. Penuh nya orang dekat ekspo tu.. pehh. Aku yang besar tak berapa nak kecik  ni pon korang boleh tak perasan. Kat dalam tu macam-macam ada jual. Dari seluar jeans levis made in Thailand, hingga ke kuih raya hingga perhiasan rumah hingga ke mercun pop-pop. Sampailah ke aiskrim goreng. Kat sini kalau pandai ayat bole dapat harga cantik. Kadang-kadang levis kepala kain yang harga seratus lebih pon bole dapat sampai enam ploh lebih je.



Aku pon turut tak terkecuali, juga pernah mengambil bahagian dalam mencari rezeki kat ekspo ni. Tahun lepas aku ikut kakak aku jual blouse kat sana. Peh jatuh saham aku yang tak berapa nak banyak ni. X pe la. Yang penting pengalaman. Bila berniaga tu taula perasaan peniaga ni. Dah penat-penat ayat kakak tu cakap dia mesti hot kalau pakai blouse yang aku jual ni, tetibe je dia cakap.x pe lah dik. Pastu terus blah cam tu je. Buat bazir air liur aku je. Len lah kalau dia nak blah tinggal kan air katira ke, ribena ke air kosong pon ok. Huh =,=”

Ekspo tu malam. Besoknya pagi-pagi di hari raya yang official. Wak robian dengan gaya ketua platun nya , memanggil sorang-sorang anak bujang nya. Ikut pegi kubur. Kalau pakcik dan makcik aku balik maka ramai lah sepupu-sepupu yang join. Wak robian cakap kita suka-suka raya ni jangan la sampai lupa arwanh nya semua. Sedih pulak diorang nanti kalau tau kita tak ingat kat diorang. Sekurang kurang nya dapat lah jugak diorang merasa duit raya, berupa bacaan yasin tahlil serta alfatihah.

Kemudian macam biasa lepas sarapan ketupat terus ke surau semayang raya plak. Abis tu balik rumah la. Tiba la masa salam dengan wak robian dan mak cik inah.  Mintak maap dengan diorang maklumlah banyak dosa dengan diorang tu. Ye lah ngumpat belakang nya lain, lari untuk mengelak disuruh lain, macam-macam lagi lah. Harap-harap lepas mintak map tu kurang sikit lah dosa hendaknya ye dak? Lepas tu beramai-ramai kitorang satu family akan round the world ke rumah sedara-sedara sekalian. Ceh padahal round pt raja je pon,

Tapi tu tak best lagi. The real raya day adalah pada hari raya kedua. Haa nak tau ada apa?  Program baraan aka marhaban akan berlangsung. Baraan tu apa? Baraan tu antara salah satu budaya yang diamalkan dekat pt raja ni. Baraan ni adalah semua orang dalam kampong tu akan berkumpul dan menziarahi dari satu rumah ke rumah yang len dalam kampong. Aphal ayat aku  da macam wikipidia la pulak ni?, celaka.

Tapi apa yang best nya baraan ni? Haa time baraan ni la nak jumpa dengan member kutu yang len, boleh keliling kampong tanpa sebarang ganguan. Time baraan nil ah boleh mencekik sepuasnya. Setiap rumah ada juadah masing-masing. Ada yang bagi nasi ayam. Ada yang bagi tempe goreng, ada yang bagi soto, macam-macam lah. Kat rumah aku biasanya wak robian akan bagi ayam goreng. Haa da jadi kebiasaan kalau time semayang raya mesti akan ada yang booking awal-awl ayam tu.

“sol besok ko tolong sip kan aku ayam  3 4 ketul, kalu x da aku x nak bagi ko duit raya”

Ceh ada hati nak ugut aku pakai duit raya. Weh sol tak makan rasuah la. Rasuah adalah tentang kesengseraan tau tak.haaa. aku pon dengan selambanya balas


“boleh, ala tulang bekas orang makan tu banyak kot, nak bagi ko 3 4 apa ada hal kan” sambil buat muka poyo


Haha dia pon balas dengan amaran tak boleh naik rumah dia nanti. Ceh da macam budak-budak la pulak.
Kalau nak cerita pasal raya ni macam-macam lagi. Tapi cukupla, takut bepinar pulak mata korang nanti. Diakhir entri ni, aku nak cakap mintak map zahir dan batin kalau ada tulisan aku yang mengguris hati korang, untuk pengetahuan anda semua itu adalah amat tidak disengajakan. Juga sekali lagi selamat hari raya aidilfitri.

p/s: kalau aku beraya umah korang dapat duit raya tak agak-agak?

Wednesday, 24 August 2011

teratak wak robian

Assalamualaikum dunia blogger sekalian. Arini secara rela paksa aku punya aktiviti adalah mengecat rumah. Maklumlah dah nak raya kan. Lebih-lebih lagi mengecat umah ni adalah di atas titah perintah wak robian. Maka tak boleh lah banyak songeh. Jika makcik inah yang memberi arahan boleh  settle tepi lagi. Tapi kalau wak robian paham-paham la ye.


Tengah sedap2 aku mengecat umah kaler kuning, ditambah baunya yang macam celaka serta dibawah terik mentari. Datang sekor makhluk. Dengan ketinggian 3 kaki lebih. Memakai baju rasmi tabika kemas. Dengan selamba nya dia minum air kotak yeos perisa laici saiz kanak-kanak.

Huh memang menguji keimanan puasa aku. Celaka. Nak je aku bagi ceramah mengunakan bahasa antarabangsa iaitu jawa. Tapi memandangkan dia cakap bahasa melayu pon x selancar arwah kucing aku lagi, maka bek aku lupakan nak ceramah bahasa rasmi aku selepas bahasa melayu tu.


Tapi aku tak nak cerita pasal budak tu. Buat sakit ati aku je.  Sekarang aku nak cerita pasal umah aku. Siap je ngecat bahagian depan umah, aku pon pergila ke jalan raya. Tujuannya untuk tengok hasil seni aku la. Mana la tau ada kecacatannya. Maklumlah nobody perfect right? Cewah speaking pulak. Cakap melayu pon gagap.




amcam? lawa x aku punye seni mengecat?


Sedetik aku melihat umah aku tu terlintas sesuatu kat memori kenangan zaman silam. Bila aku tengok rumah tu, aku teringat, kat sini la tempat aku membesar.  Dekat sini la aku menimba banyak pengalaman. Bak kata malique dalam lirik mantera beradu bersama M nasir,

‘ijazah terbaik datangya dari jalanan, dari pengalaman dan bercakaran.’


Eh jap2. Kalau macam tu sia2 la aku amik ijazah mekatronik kat uthm ni. Sia-sia je pinjam ptptn kalau macam ni.  Haha ye la mana lagi tempat belajar erti kehidupan yang terbaik selain rumah sendiri ye dak?



Di teratak nilah 
aku belajar erti kehidupan.
Di teratak inilah 
aku belajar erti kesenangan.
Namun Di istana ini juga
 aku belajar erti kesusahan.

Di teratak inilah 
aku belajar erti kehidupan.
Di teratak inilah 
menitisnya peluh abah dan mama.
Namun di istana inilah 
terukir nya senyuman abah dan mama bila dengar anak-anak Berjaya.


Di teratak inilah 
aku belajar erti kehidupan.
Di teratak inilah 
aku berbalah dengan adik-beradik.
Namun di istana inilah 
aku membesar dengan bahagianya bersama adik-beradik.

Di teratak inilah 
aku belajar erti kehidupan.
Di teratak inilah 
aku dipaksa menolang abah membuat bermacam kerja.
Namun di istana inilah 
aku belajar pertolongan aku tak seberapa 
jika dibandingkan dengan pengorbanannya.

Di teratak inilah 
 aku belajar erti kehidupan.
Di teratak inilah
 aku membina kenangan yang sentiasa di ingatan.
Dan di istana inilah
 aku berharap kebahagiaan akan terus berkekalan.

           (lihin robian, 2011) 


p/s : ok aku memang tak power kalu bab ayat puitis+  puisi.   =,=”

Friday, 19 August 2011

kartoon dulu-dulu

Whats up ducks. Sambil gigit hujung lobak gaya bugs bunny dalam looney toons. Ops puasa la


 Haa kalau starting pon dah pasal kartoon so kali ni aku nak cerita pasal kartoon lah yang menjadi kegilaan zaman aku muda-muda dulu. Dulu kalau dah hari sabtu tu kira heaven day dalam seminggu la. Cuti umum pada hari-hati biasa takkan pernah sama dengan hari sabtu dan ahad.

Pagi-pagi lagi start pukul 8 lagi dah sap2 mandi-mandi, basoh kasot bagai. namun begitu, rajin bukanlah sebab utamanya. Semuanya supaya tak ada insan yang dipanggil mak memiat telinga atau abah menghulurkan tali pinggang atau penyangkut baju  tatkala sedang feeling menonton kartoon.

Sekitar pukul 9.15 da prepare dengan semangat nya kt dpan tiwi @ telebisen atau kata omputeh nye television. Apa-apa hal mesti bukak tv dua dulu. Time tu citer sailormoon tengah disiarkan.  dalam hati dah macam jenis zikir sumpah seranah keluar dah.bila kartoon merepek ni nak habis.

Bila da kul 9.30  haa mula la excited,  apa ceritanya? Mestilah cerita dragon ball. the best cartoon ever in my life. Kalau terlepas citer ni kompom petang tu nak maen lamprit dengan kawan-kawan. sebab diorang mesti cerita pasal episode dragon ball pagi tadi. Kalau tak tengok nak sembang apa dengan member, ye dak?. Kompom-kompomlah jadi kera sumbang ari tu.

Tapi dragon ball ni cerita nya memang macam lahanat jugak. kenapa? haa sebab Asal nak start je part yang goku nak lawan dengan ketua paling jahat mesti terus keluar suara. “apakah nasib goku seterusnya, mampukah dia mengambil kembali dragon ball yang dirampas bezita”. Pastu terus habis tunggu la minggu depan..memang celaka.

***********

Habis je cerita dragon ball tu tukar pulak chanel ntv 7. Haa layan digimon plak. Berhantu nya digimon ni sampai satu sekolah sibuk beli mainan digimon yang elektronik tuh. Entah apa namanya aku pon tak ingat dah.  Aku ingat seketul lima inggit time tuh. Beli kat kedai jam sebelah traffic light . Tapi aku tak mampu nak beli bendalah tu. Maklumlah dulu keluarga aku pon bukan senang sangat. duit sekolah satu ari 50 sen j. Haa tambah  lagi kalau nampak wak robian aku beli benda tu memang kompom melekat benda tu kat dahi aku  dihempuknya. Yup abah aku tak pernah manjakan kami adik beradik dengan mainan. Dia lebih suka tengok kitorang main dengan kawan-kawan keluar kan peluh.

sekadar gambar hiasan
mcm ni lah bentuk game digimon tu


So apa aku buat? Haa bila Nampak anak orang kaya yang sengal2 + x dak kawan, haa ramai-ramai dekat kat dia. Start sembang-sembang dulu tanya pasal benda alah tu. Dia pon kerek la sebab dia ada kitorang x da. Tak pa. Biala dia kerek. 

So mase dada dia masih lagi kembang, apa lagi ayat la mintak pinjam, ayat punya ayat sampaila dapat. dah dapat memang tak pulang la haha. Kitorang pasing2 kat member lain. ada sampai berhari-hari jugak lah budak tuh tak merasa mainan digimon dia. sampai la dia ugut nak bagitau bapak dia baru la pulang haha. tau pulak takot. kehkeh

Berbalik pada kisah kartoon tadi. Habis je citer digimon tu tukar pulak chanel 5, tv Singapore . haa tu untung nya dok johor ni dapat tgok tv Singapore  and kalau untung bole dapat chanel Indonesia, bole  layan citer toyol dan bakyul hahaha. Kat tv Singapore tu tgok citer mask rider.

Citer tu bahase inggeris, memang sepatah haram tak faham. Tapi dulu kecik-kecik dapat tengok orang tu bertukar jadi mask rider dah kagum gila dah sampai tebukak mulut.


Dan saiz mulut tu tebukak akan bertambah besar bila mask rider tu dapat kuasa baru yang lagi power. Hahaha memang tak matang sungguh.
                                                                    ************
Habis je citer  kartoon semua masing-masing pon mulalah menyarong selipar. apa kerjanya? tentulah menjelajah kebun sawit belakang umah. Itulah port aku abang-abang dan rakan-rakan. Kat situ sembang lah pasal citer kartoon tu. Dan kalau time-time bangang tu datang mulalah nyalakan api. Camping lah konon. Memang kebudak-budakkan.  Tak boleh blah kalau ada yang cuba menunjukkan skill menyalakan api dengan cara mengesekkan kayu atau batu. Huh banyak sangat tengok tv. Apinya x hidup gak. Memang bangang

Main la puas-puas smpai petang. Pukul 6.30 je cepat-cepat balik umah. Nak layan power rangers plak. Tengok diorang bantai raksasa. kalu time raksasa tu tengah kecik mesti power rangers merah bantai sengsorang, power rangers yang len lawan ngan pengikut2 penjahat yang tak berapa nak kuat. Sampailah raksasa tu nak kalah akibat kena tembak ngan senjata gabungan semua power rangers tu,  pastu guna magic apa ntah raksasa tu pon membesar dengan galaknya. Power rangers pon menyeru menatang mengmasing untuk bergabung menjadi giant robot. Pastu raksasa tu pon kalah.

Begitulah kehidupan ku time sekolah-sekolah dulu. Hari sabtu dan ahad senantiase dinanti.

p/s :  agak2 zaman sekarang ada lagi tak kartoon yang best2 cam dulu?

Tuesday, 16 August 2011

puasa di malam hari


Assalamualaikum semua. Haa entry kali ni nak sambung pasal kisah di bulan ramadhan dimalam hari masa kicik-kicik dulu.  Bagi yang tak baca lagi macam mana agak nye kisah berpuasa disiang hari haa boleh baca ni

Sementera itu takziah diucapkan kepada ayam yang telah menganggu hidup aku di atas hukuman buang negeri ke kebun sawit di pt sepadan, yang telah dijatuh kan hukumanye oleh wak robian. Namun begitu itu tidaklah seberapa berbanding hukuman asal iaitu hukuman lastik dikepala. Barangkali rayuan telah difailkan oleh si ayam kepada majistret wak robian.
(sila baca entry link diatas untuk mengenali ayam lebih lagi.)

Ok cukup pasal ayam

*************

Berbalik ke kisah puasa di malam hari,  selepas sahaja berbuaka puasa, maka kami adik beradik lelaki akan bersiap-siap ke surau untuk bertarawih. Al maklumlah wak robian memang pantang jika anak lelaki nya ponteng tarawih, bayang kan jika dia tau anaknya ponteng puasa?? Mungkin bakal berbuka dengan tali pinggang hendaknya.

Tapi benar kah anak wak robian ini bertarawih??. Haa jangan terkejut, anak wak robian ni cukup dengan tarawih 20 rakaat siap dengan solat sunat witirnya sekali. Haa namun ini berlaku kerana setiap kali selepas salam, wak robian akan menoleh ke belakang mencari anaknya. Dan memandang kan salam berlaku setiap dua rakaat maka tiada peluang untuk ponteng.

Namun begitu lepas murih ada masa lagi. Tapi kami anak-anak muda akan dipanggil selepas murih untuk latihan khataman al-qur’an. Ya kami lakukan nya dengan senang hati. Pelik? Haa tapi, Semuanya kami lakukan kerana ada janji2 politik untuk memberikan duit raya yang berjumlah beratus-ratus berserta baju raya sepersalinan.

Namun apa yang kami terima hanya wang saguhati 5 inggit berserta kain baju untuk di jahit sendiri. Huh nasib bek kitorang budak lagi time tu. Kalau tak siap la demonstrasi ala2 di mesir mungkin berlaku.

Bersambung kembali ke aktiviti malam, selepas latihan tadi tamat. Bermula lah aktiviti yang sebenar. Suasana tenang dan damai kg parit jambul akan bertukar seolah perang saudara sedang berlaku.. haaa perang meriam dengan kg sebelah akan berlangsung.

Tapi bukan meriam buluh. Apa barang pakai buluh, oldskol la. Kitorang more prefer to tin cat besi, yang dibuang penutup atas dan bawah. Ha baru bergema bunyik dia. Amcam? Haa memang karier engineer tu sudah serasi dari kecik lagi. Haa namun mungkin ada sedikit penyalahgunaan bakat disitu. cewah

Kami akan bertanding siapa juara meriam malam itu. Jangan terkejut jika ada pak bilal datang. mungkin korang ingat dia nak bagi perembat kat sekor2. tapi sangkaan anda telah meleset. bahkan beliau sanggup menghulurkan modal untuk membeli kalbaid. 

Teringat kenangan semasa kecil barangkali pak bilal itu. Namun begitu pelawaan kami terhadap pak bilal untuk bermain sama ditolak mentah-mentah.Mungkin beliau fikir prestasi kariernya sebagai pak bilal akan merundum kalau join kitorang.
***************
Sementara itu peperangan hanya akan tamat bila ada suara menjerit . Dengan berbaur ugutan kedengaran orang umah behampiran akan menjerit yang berbunyi

“hoi tak reti orang lain nak tido ke? Aku repot polis nant baru tau.”

dan Memandangkan aktiviti kitorang tidak ada permit yang sah maka, terpaksalah dihentikan aktiviti itu.
Namun ia tidak berhenti disitu. Sambil berjalan kononya ingin pulang. Akan ada yang menyalakan sesuatu. Secara tiba-tiba kelihatan mercun mancis yang menyala dilempar kearah seseorang. Haa memang sial baling dekat muka pulak tu.  Huh berdesing telinga. Memang perangai macam lahanat.

Berbeza pula ceritanya jika malam itu adalah malam minggu. Apa yang dibuat? Selesai sahaja latihan khataman, semuanya bak lipas kudung akan berlari pulang kerumah. Semuanaya akan bersiap-siap menyalin baju dan bergaya bagai pelakon hendaknya. Walaupun muka masing2 macam celaka.

Setelah itu semuanya akan  berkumpul di depan kampong atau lebih dikenali sebagai angkrok. Kemudian  perjalanan ke ekspo raya di pekan akan berlangsung. Yang budak2 jalan dulu. Ceh konon tak nak jalan dengan budak sekolah rendah. Tak dewasa la konon nye. Padahal baru tingkatan satu. Dewasa la sangat.


Haa kalau nak cerita pasal aktiviti bulan puasa dimalam hari memang banyak. Dengan tido kat surau. Korban lembu sehari sebelum raya oleh yb. Dan macam2 lagi. Tapi inilah antara pengalaman yang takkan dilupakan oleh orang macam aku.

Monday, 15 August 2011

puasa di siang hari



Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa kepada semua yang berpuasa.  Pejam celik pejam balik, tup3 dah setengah bulan kita berpuasa.teringat kembali pengalaman berpuasa masa akal belum lagi kenal dunia. 

Arini penat aku satu hari kejar ayam atas titah perintah wak robian. Lahanat punya ayam apsal ko kacau bapak aku kerja. Da jadi kerja aku plak nak memburu ko. Arini ko benasib baik sebab terlepas, tapi besok kisah kita akan bersambung. Siap ko besok aku da tak pakai baling bakul dah, besok aku akan berganjak ke pengunaan lastik. Hehehe jahat tak aku??

Dah cerita pasal ayam plak. Sebenanya aku nak cerita pasal pengalaman puasa time kicik-kicik dulu.  Aku paling suka kalau puasa tu jatuh time2 cuti sekolah ujung taun punya. Ha kalau bangun mesti time matahari da tegak atas kepala.

Lepas mandi adap la tv sampai la dengar suara puaka menjerit kat luar.
‘ ala jom la main sembunyi ibu, ko bukan pose pon’

 Haa teerus semangat. Pegi la keluar. Time tu akan singgah ayat yang dari abang aku yang berbunyi
“ha nak pegi ukur kebun kat belakang la tu!!”
Ahh persetan dengan sindiran dia. Dulu ko kecik2 pon sama gak menjelajah kebun sawit tu. Lagi teruk pon ada. Huh



**********
Mulalah aktiviti harian yang biasa dilakukan time cuti. Puasa tak puasa, main tetap main. Antara yang menjadi pilihan termasuklah lamprit, baling selipar, rondas, polis entry dan bermacam lagi.hinggalah bila sampai time kul 3 ke 4 camtu mula la. Haus menghasut. tapi kalau setakat haus yang hasut ahh bole tahan lagi. Tapi bole jadi tak tahan bila member ajak berendam dalam kolah orang amik air semayang kat surau. Peh memang heaven. 

Tapi ke heavenan tu akan berakhir apabila terdengar bunyi ekzos moto pak imam time tu yang datang time nak semayang asar.

Mulala masing-masing kelam kabut lari dengan hanya ber spender sambil menarik baju dan seluar lari lintang pukang. Time tu akan terdengar pak imam tu mengamuk. “kuang aja punya budak2 semalam baru aku tuka air, arini nak kena tukar lagi air satu kolah”.

 Ada sorang member aku kantoi sebab bapak dia baik ngan pak imam. Haa berbirat satu badan kena tibai ngan bapak dia. Aku?? Haha aku bab cover line nih power beb.

Haha tu dulu sekarang dah tak dah.

seketika kemudian selepas terlepas dari pandangan pak imam, macam2 la kutukan yang bakal terkeluar terhadap pak imam. Antaranya.

Tak guna wak imam tu, sikit lagi aku nak menang lawan selam tadi.

Dan
Sial la, tekak aku haus la pulak lari dari wak imam tu.

Kemudian muncullah idea jahat apabila  terlihat orang jual air katira dan abc rock dah mula bukak kedai. Masing-masing seluk poket. Kumpul-kumpul sampai cukop singgit. Hahaha anta budak yang paling kecik sekali pegi beli air tuh. Brader tu pon tak la banyak songeh sangat kalau yang beli tu budak tadika. Haha pandai tak?

 Pastu port kat belakang balai raya. Minum la ganti2 haha. da abis minum sambung main lamprit . pastu agak2 dah petang balik la umah dengan buat muka yang teramat haus. Padahal perut dah kembung minum air kehkeh.memang celaka
Haa itulah antara aktiviti aku bila berpuasa disiang hari. Nak tau macam mana aku keadaanya di malam hari ketika bulan puasa?? Haa tunggu next entry.

Thursday, 11 August 2011

karierku sebagai DJ 2

Assalamualaikum semua. Ok sekarang aku nak sambung cerita pasal karaoke kat majlis kenduri kahwin tu. Kalau sesiapa yang belum baca kisah sebelumnya boleh klik kat sini karierku sebagai DJ 1
Ok belom pon habis pak cik otai tu nyanyi lagu broery marantika tu dah ada 3-4 keping kertas singgah kat meja tempat aku port tu. Macam-permintaan lagu yang terpaksa aku turutkan. Cewah dah macam DJ radio sinar fm pulak tunaikan permintaan lagu bagai.


Ada la jugak satu jam aku terpaksa layan mamat karok ni. Aku tengok budak kecik yang lap pinggan berhampiran kelihatan meluat tengok yang bejoget belakang aku. Mesti dalam hati tengah cakap “aku yang baru sekolah rendah ni pon dah rajin lap pinggan bagai  korang yang dah dekat-dekat dengan seruan kubur tu bawak-bawak la tolong potong bawang ke angkat periuk ke” haa aku cakap berdasarkan pengalaman rewang ku sendiri tau.


 Sehingggalah terdengar sayup-sayup paluan kompang. Haa tu tandanya loceng rehat aku dah berbunyi. Haa makan time. Aku kalau bab-bab makan nih, tak payah nak cerita. Tengok badan pon dah tau macam mana kan? keh keh keh. Dah tak payah lebih-lebih pulak pasal ni.  Umpama membuka pekung diperut sendiri pulak.

Habis je alunan kompang tu aku masih rilek lagi. Pasal bapak aku dah warning awal-awal mesti bukak lagu pengantin lepas orang main kompang. Bila dah habis lagu pengantin layan pulak group kompang dengan wakil pengantin dari sebelah yang datang karaoke. Ok lah diorang punya kepala boleh layan lagi.


Sehingga lah satu ketika datang seorang yang dari tadi aku tengk tak berhenti buat kerja. Bagi kertas kat aku. Aku ingat dia pon nak nyanyi jugak, maklumlah dah penat seharian membantu menjayakan majlis. Tapi ternyata sangkaan aku meleset. dekat kertas tu tertera no plat, jenis dan warna sebuah kereta. “dik tolong soh kereta ni parking tempat lain abang nak angkat lauk tambah susah.” 
Seriously gua respect dengan orang yang dalam ayat nye ada perkataan tolong dan tanpa ada sebarang unsur paksaan. 

Apa lagi mengelabah aku. Maklumlah tak penah cakap kat mikrofon dekat majlis orang. Akhirnya dengan lafaz bismillahirahmannirrahim.

“perhatian kepada pemilik kenderaan sekian-sekian sila alihkan kenderaan anda kerana kenderaan anda menghalang perjalanan majlis”

Cewah dah macam pengunguman dalam hyper market pulak. Celaka betol hahaha

Sampai lah satu tahap apabila dua orang yang aku tengok lelaki pon bukan perempuan pon bukan. Aku suspek ni mesti pak andam nih. Kalu dah nama pon Pak andam paham-paham la ye. Dia punya gaya jalan perghhh punya seksi tapi aku masih tak terliur lagi la. Ingat aku straight guy ok. Datang kat aku dengan suara ramli sarip nya “dik, lagu ramlah ram ada?” seperti yang dijangka hahaha.


tapi bagai tak disangka. suara peh sedap kot. kalah pak cik yang nyanyi lagu broery tuh. peh habis je pak andam tu nyanyi, betepuk jemputan yang datang siap ada yang berdiri lagi. haa tu la lain kali jangan pandang orang tak ada mata.
kemudian aku pon terus dengan tugas ku sehingga tamat majlis

wak robian dengan set karaoke nya
abis je majlis terasa letih satu badan. ni jugak la agaknya penat yang bapak aku rasa apabila melayan perangai macam-macam jenis orang nih. baru aku tau memang susah untuk cari duit buat sara anak-anak. full repect kepada wak robian


* ps: sape2 nak wat karaoke dalam apa2 majlis bole hubungi saya

Tuesday, 9 August 2011

KARIER KU SEBAGAI DJ 1

Assalamualaikom semua. Kalau sebelum ni korang dah baca pasal entry cikgu honda bulat  , entry kali ni aku tak nak citer pasal zaman sekolah. Kisah ni berlaku time cuti pertengahan semester. Haa, apa yang berlaku? Kisah nye bermula sebaik saja aku terjaga dari tidur di pagi ahad, apabila wak robian melaungkan nama ku.
Dengan sepantas motor ninja Kawasaki full throtell on speed 6 aku bangun. Hahaha dah besar-besar macam ni pon masih takot bapak. Bukan takot, respect. (nak cover la konon).

Wak robian: ehin hari ni abah nak pegi Melaka mak cik senah ko buat kenduri. Awak tak payah ikot la            sebab ari ni abah nak awak tolong abah jaga karaoke kat pt raja darat.
Aku:                HAAA!! , ( dalam hati apa ke jadah nye ni), la kita mana pandai nak jadi dj ni..
Wak robian: awak tak payah nak jadi dj la. Awak jaga je, pasang lagu dengan layan orang nak nyanyi.             Awak jaga nanti lepas zuhur.

Aku cuba nak memberontak tapi teringat pulak tragedi penghalauan rumah kat abang-abang n kakak ku juga diri aku sendiri ketika cubaan pengulingan pemerintahan kuku besi pegawai waran satu  kor juru letrik dan jentera angkatan tentera Malaysia, Robian Bin Kastari. Ahh terpaksa la aku turut kan idea ganas bapak aku tuh.

Masa yang tak dinanti tiba apabila jam menunjukkan pukul 2 petang. Aku gagahkan kaki menendang stater Honda wave kelabu aku tu. Dengan berbekalkan topi adidas hitam untuk cover muka dan dengan harapan tak da member aku yang kaki nganjing datang kenduri kahwin tu. Aku pon mengambil alih tugas bapak aku tu.
Setengah jam pertama masih tak da apa-apa aku takat pasang cd j wat riuh-riuh. Dalam hati kalau sampai habis majlis macam ni cantik gak. Tapi baru je berangan nak keje senang tetibe ad sorang tepuk bahu aku. Seorang lelaki yang dalam kategori otai berbaju batik bersuara ” Dik abang nak nyanyi lagu maggie z ada tak?”. Hah apa ke jadah nye nama penyanyi pakai nama Maggie?? Duta mi Maggie ke?? Penyanyi nama mi sedap ada tak?? Huh    =,=”

Aku pon dengan muka senyum secara paksa cakap “arr jap saya cari ea bang”. Aku pon mula la belek satu persatu  dan akhir nye jumpa la sekeping cd tertulis ‘MAGGIE Z KOPI DANGDUT’. La lagu dangdut rupenye. Patotla muka pakcik ni macam muka orang gatal je.haha itu tipu. “ haa jumpa pon. Abang nak lagu apa?” “lagu lebih baik sakit gigi” haa?? Lagu apa tu ?? sumpah aku nak tergelak time tu

Dia pon start la karok lagu tu. “Daripada sakit hati lebih baik sakit gigi ini” hahahaa aku tak boleh tahan nak ketawe bila pakcik tu nyani lagu tu.  Aku hanya mampu tunduk , tutup mulut dan pura-pura batuk untuk cover ketawa. Time taip ni sumpah aku ketawa tebahak-bahak sambil guling-guling.

Begoyang-goyang pinggang pakcik tu berjoget  nyanyi lagu tu. Sampai la abis .kemudian bila ada yang start mesti la ada follower mulalah 5-6 orang dok port belakang aku. Dalam hati aku, ahhh sudah, masak aku nak layan diorang  ni.

tapi pakcik tadi belom puas lagi. dia cakap, dik broery marantika ada? pakcik nak lagu biarlah bula bicara
time ni aku teringat dengan brader rahman one of my gitarist sensei. kitorang pnah duet lagu ni. pehh swett x?? haha gay gila. tapi sorry la i'm straight guy ok. nafsu aku masih normal haha.

Ingin tau kisah selanjut nya mengenai first day karier aku dalam bidang dj ni?? Haa tuggu next entry
*ps: macam mana lah bapak aku boleh tahan layan orang-orang yang perangai nya macam ni??
       

Tragedi Darjah Satu


Assalamualaikom semua. Ha tengah semangat lagi nak update blog. Haa hari ni aku nak cerita pasal kenangan dulu-dulu. Tadi aku hantar adik aku pegi sekolah. Baru darjah tiga. Sekarang ni kat sekolah tu darjah tiga pon sesi petang kalau zaman aku dulu darjah tiga dah masok sesi pagi dah. Kira dah boleh buli budak-budak darjah satu dengan dua lah pasal diorang sesi petang. Berbalik pasal kes aku hantar adik aku tu, tup-tup je lepas aku turunkan adik aku ada satu Honda bulat warna biru lalu sebelah aku. Apsal aku macam kenal je moto keramat nih. Aku pon tanya la adik aku sapa yang bawak moto tu. Adik aku jawab itu cikgu dia. Cikgu matematik. Haa kompom ini jugak lah cikgu yang ajar aku dan moto Honda bulat tu jugaklah yang bawak dia TIGA BELAS TAHUN lepas. Respect la sama lu cikgu.
sekadar gambar hiasan

 Teringat balik time darjah satu dulu. Haa kalau nak ikot time ini tengah masa-masa terjal nya anak wak robian ni. Dulu kalau nak pegi sekolah sesi petang ni pehhh bukan main semangat aku. Masok pkul 12.45 tapi pukul 11 aku dah start naik basikal tayar mati pegi sekolah. Padahal sekolah bukan jauh pon kalau nak keluar awal. Tapi  sebab utamanya nak sampai awal kat sekolah sebab nak main lamprit dengan member-member hahahaah. Bagi sesiapa yang tak tau lamprit tu apa. Lamprit tu sejenis permainan kejar-mengejar . sapa yang jadi kena kejar member yang lain. Kalau dapat kejar kira budak tu jadi la. Dia plak kejar yang lain. Member-member pon ramai la datang awal sama seangkatan dengan aku. Hahaha tengahari buta main lamprit.memang tak matang time tu.  Haha macam-macam skill kluar. Gaya-gaya side step orang main ragbi pon ada bagi elak kena cuit. Hahaha style tak?. Time tu aku masih slim  lagi. Lari pon masih ada saing-saing wak se nyambek lagi. Tak macam sekarang. Hahaha.          

So apa terjadi lepas main lamprit kompom lah baju basah sebab peluh. Berbalik pada cikgu Honda bulat tu tadi cikgu surainah nama dia, kelas matematik dia start mula-mula sekali hari selasa dengan rabu kot. Tak pasti la yang kompom nya kelas dia berturut dua hari sebab aku ingat lagi kalau hari ni dia bagi kerja besok kompom dia nak tengok. Bila dia masok kelas dia tengok budak lelaki semua dah tak rupe orang dah. Bila dia tanya apsal semua macam ni masing jawab datang sekolah naik basikal cikgu sebab tu bepeluh. Hahaha kecik-kecik da pandai menipu lahanat betul. agak-agak budak sekolah sekarang menipu tak??


Besok nya semua budak lelaki yang basah kuyup dengan peloh kena panggil depan kelas dengan cikgu surainah ni tadi. temasok la aku sekali. Mula-mula agak tertanye-tanye gak ap kes ni. Rupenye ada budak perempuan hampeh mana entah repot kat dia yang kitorang bepeloh sebab main lamprit.  peh apa lagi masing-masing dah mengigil dah. Nak tau apa cikgu tu buat? Haa sekali dia dah prepare cili padi yang kecik tu dari rumah. Dia kasi tenyeh mulut sekor-sekor yang kencing dia. peh bukan setakat berasap, mau tebakar beb. Air sume dah abis pasal buat minum mase main lamprit tadi. Rehat kompom lame lagi kelas baru start kot. Nak pegi bilik air dah tak berani nak becakap dengan cikgu tuh. Hah apa lagi nak tak nak tepaksa la kebas air budak perempuan bantai sampai abis. Ada la jugak yang bajet konon tak nak minum air budak perempuan konon tak macho. Ceh baru darjah satu da nak macho bagai. Last nya minum gak tak tahan tengok kitorang teguk air tuh.

Bila balik rumah bibir masing-masing merah j ala-ala nak bengkak. Mak aku tanya apsal bibr tu.aku senyap je. Gila nak bagi tau mau kena tambah dengan libasan hanger dari wak robian. maklumlah, pegawai waran satu angkatan tentera malaysia, dengar suare pon da mengigil. Lepas tuh da tak semangat dah nak datang sekolah awal-awal, pasal da tak bole main lamprit. 

Sunday, 7 August 2011

unta parit raja

assalamualaikum dunia blogger. anak unta berbonggol ini baru mengenal dunia blogger. so mintak tunjuk ajar la ye. mintak jangan di maki..haa nanti kena maki balik dalam bahasa unta.

first, nama penuh tuan unta ni mohamad solehin bin robian. asal parit raja, tadika pon kat parit raja. sekolah rendah pintas puding kat parit raja. sekolah smk tun ismail, parit raja, sekarang kat uthm parit raja. ya aku anak jati kampung parit raja. jangan cakap aku anak mak. sebab aku anak bapak jugak, marah nanti bapak aku. kesian dia besarkan aku dari kecik sampai besar macam ni.

ok memandangkan korang semua dah baca banyak pasal parit raja so first entry aku pasal parit raja lah. korang semua tak tau kat mana parit raja tu kan?? haa mesti ramai tak tau kan? jangan hipokrit ea. budak uthm tau la kot. haa parit raja ni kat batu pahat dan mestilah kat negeri johor. dan pasti kat malaysia jangan memandai nak cakap dekat dengan batam. pegi google map kalau tak percaya.


apa best nye parit raja ni? parit raja ni femes nye mestilah dengan kerepeknye. khasnye kat pisang salai. biasanye time musim kenduri kawin banyak la orang datang kat tempat orang buat pisang salai tu. aku tau pon pasal dulu selalu ikut bapak aku pergi jual pisang kat kilang tu.


ha macam ni lah bentuk pisang salai tu bagi yang tak tau

selain kerepek apa lagi yang hebat pasal parit raja ni ek. ha dah nama pon parit raja mestilah dengan parit nye. ye dak? ha kat sini nama kampung banyak nye mesti ada nama parit kat depan dia. contoh macam kampung aku parit jambul. kampung sebelah nama dia parit daun ha macam tu lah. kalu nak citer pasal nama kampung ni penat pulak nak menaip. dah la pakai broadband member marah pulak dia nanti.

nak dicerita lagi parit raja juga aktif dengan aktiviti kuda kepang. tapi semenjak diharam kan oleh JAIJ macam dah tak pernah dengar cerita lagi.

lagi satu pasal parit raja ni, ok ni bukanlah nak kutuk tapi realiti. jalan parit raja atau nama atau jalan kluang adalah antara jalan paling bahaya kat johor ni.haa nak dijadikan cerita setiap dua hari mesti ada kes kemalangan yang membabitkan kematian. yang cakap ni entah polis trafik mana aku tak ingat yang pasti dia mention ni time lepas sembahyang jumaat time puase tahun lepas. kalau tak percaya tengok ni jalan berbahaya di johor

ha tu je la kot buat first entry nih sekarang pon dah 2 pagi mana nak sahur ye dak? ha ok lah wat blog walker tu rajin-rajin lah tekan button follow tu. maklumlah tengah excited lagi nak wat blog ni.