Assalamualaikum semua. Haa entry kali ni nak sambung pasal kisah di bulan ramadhan dimalam hari masa kicik-kicik dulu. Bagi yang tak baca lagi macam mana agak nye kisah berpuasa disiang hari haa boleh baca ni
Sementera itu takziah diucapkan kepada ayam yang telah menganggu hidup aku di atas hukuman buang negeri ke kebun sawit di pt sepadan, yang telah dijatuh kan hukumanye oleh wak robian. Namun begitu itu tidaklah seberapa berbanding hukuman asal iaitu hukuman lastik dikepala. Barangkali rayuan telah difailkan oleh si ayam kepada majistret wak robian.
(sila baca entry link diatas untuk mengenali ayam lebih lagi.)
Ok cukup pasal ayam
*************
Berbalik ke kisah puasa di malam hari, selepas sahaja berbuaka puasa, maka kami adik beradik lelaki akan bersiap-siap ke surau untuk bertarawih. Al maklumlah wak robian memang pantang jika anak lelaki nya ponteng tarawih, bayang kan jika dia tau anaknya ponteng puasa?? Mungkin bakal berbuka dengan tali pinggang hendaknya.
Tapi benar kah anak wak robian ini bertarawih??. Haa jangan terkejut, anak wak robian ni cukup dengan tarawih 20 rakaat siap dengan solat sunat witirnya sekali. Haa namun ini berlaku kerana setiap kali selepas salam, wak robian akan menoleh ke belakang mencari anaknya. Dan memandang kan salam berlaku setiap dua rakaat maka tiada peluang untuk ponteng.
Namun begitu lepas murih ada masa lagi. Tapi kami anak-anak muda akan dipanggil selepas murih untuk latihan khataman al-qur’an. Ya kami lakukan nya dengan senang hati. Pelik? Haa tapi, Semuanya kami lakukan kerana ada janji2 politik untuk memberikan duit raya yang berjumlah beratus-ratus berserta baju raya sepersalinan.
Namun apa yang kami terima hanya wang saguhati 5 inggit berserta kain baju untuk di jahit sendiri. Huh nasib bek kitorang budak lagi time tu. Kalau tak siap la demonstrasi ala2 di mesir mungkin berlaku.
Bersambung kembali ke aktiviti malam, selepas latihan tadi tamat. Bermula lah aktiviti yang sebenar. Suasana tenang dan damai kg parit jambul akan bertukar seolah perang saudara sedang berlaku.. haaa perang meriam dengan kg sebelah akan berlangsung.
Tapi bukan meriam buluh. Apa barang pakai buluh, oldskol la. Kitorang more prefer to tin cat besi, yang dibuang penutup atas dan bawah. Ha baru bergema bunyik dia. Amcam? Haa memang karier engineer tu sudah serasi dari kecik lagi. Haa namun mungkin ada sedikit penyalahgunaan bakat disitu. cewah
Kami akan bertanding siapa juara meriam malam itu. Jangan terkejut jika ada pak bilal datang. mungkin korang ingat dia nak bagi perembat kat sekor2. tapi sangkaan anda telah meleset. bahkan beliau sanggup menghulurkan modal untuk membeli kalbaid.
Teringat kenangan semasa kecil barangkali pak bilal itu. Namun begitu pelawaan kami terhadap pak bilal untuk bermain sama ditolak mentah-mentah.Mungkin beliau fikir prestasi kariernya sebagai pak bilal akan merundum kalau join kitorang.
***************
Sementara itu peperangan hanya akan tamat bila ada suara menjerit . Dengan berbaur ugutan kedengaran orang umah behampiran akan menjerit yang berbunyi
“hoi tak reti orang lain nak tido ke? Aku repot polis nant baru tau.”
dan Memandangkan aktiviti kitorang tidak ada permit yang sah maka, terpaksalah dihentikan aktiviti itu.
Namun ia tidak berhenti disitu. Sambil berjalan kononya ingin pulang. Akan ada yang menyalakan sesuatu. Secara tiba-tiba kelihatan mercun mancis yang menyala dilempar kearah seseorang. Haa memang sial baling dekat muka pulak tu. Huh berdesing telinga. Memang perangai macam lahanat.
Berbeza pula ceritanya jika malam itu adalah malam minggu. Apa yang dibuat? Selesai sahaja latihan khataman, semuanya bak lipas kudung akan berlari pulang kerumah. Semuanaya akan bersiap-siap menyalin baju dan bergaya bagai pelakon hendaknya. Walaupun muka masing2 macam celaka.
Setelah itu semuanya akan berkumpul di depan kampong atau lebih dikenali sebagai angkrok. Kemudian perjalanan ke ekspo raya di pekan akan berlangsung. Yang budak2 jalan dulu. Ceh konon tak nak jalan dengan budak sekolah rendah. Tak dewasa la konon nye. Padahal baru tingkatan satu. Dewasa la sangat.
Haa kalau nak cerita pasal aktiviti bulan puasa dimalam hari memang banyak. Dengan tido kat surau. Korban lembu sehari sebelum raya oleh yb. Dan macam2 lagi. Tapi inilah antara pengalaman yang takkan dilupakan oleh orang macam aku.
No comments:
Post a Comment