Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa kepada semua yang berpuasa. Pejam celik pejam balik, tup3 dah setengah bulan kita berpuasa.teringat kembali pengalaman berpuasa masa akal belum lagi kenal dunia.
Arini penat aku satu hari kejar ayam atas titah perintah wak robian. Lahanat punya ayam apsal ko kacau bapak aku kerja. Da jadi kerja aku plak nak memburu ko. Arini ko benasib baik sebab terlepas, tapi besok kisah kita akan bersambung. Siap ko besok aku da tak pakai baling bakul dah, besok aku akan berganjak ke pengunaan lastik. Hehehe jahat tak aku??
Dah cerita pasal ayam plak. Sebenanya aku nak cerita pasal pengalaman puasa time kicik-kicik dulu. Aku paling suka kalau puasa tu jatuh time2 cuti sekolah ujung taun punya. Ha kalau bangun mesti time matahari da tegak atas kepala.
Lepas mandi adap la tv sampai la dengar suara puaka menjerit kat luar.
‘ ala jom la main sembunyi ibu, ko bukan pose pon’
Haa teerus semangat. Pegi la keluar. Time tu akan singgah ayat yang dari abang aku yang berbunyi
“ha nak pegi ukur kebun kat belakang la tu!!”
Ahh persetan dengan sindiran dia. Dulu ko kecik2 pon sama gak menjelajah kebun sawit tu. Lagi teruk pon ada. Huh
**********
Mulalah aktiviti harian yang biasa dilakukan time cuti. Puasa tak puasa, main tetap main. Antara yang menjadi pilihan termasuklah lamprit, baling selipar, rondas, polis entry dan bermacam lagi.hinggalah bila sampai time kul 3 ke 4 camtu mula la. Haus menghasut. tapi kalau setakat haus yang hasut ahh bole tahan lagi. Tapi bole jadi tak tahan bila member ajak berendam dalam kolah orang amik air semayang kat surau. Peh memang heaven.
Tapi ke heavenan tu akan berakhir apabila terdengar bunyi ekzos moto pak imam time tu yang datang time nak semayang asar.
Mulala masing-masing kelam kabut lari dengan hanya ber spender sambil menarik baju dan seluar lari lintang pukang. Time tu akan terdengar pak imam tu mengamuk. “kuang aja punya budak2 semalam baru aku tuka air, arini nak kena tukar lagi air satu kolah”.
Ada sorang member aku kantoi sebab bapak dia baik ngan pak imam. Haa berbirat satu badan kena tibai ngan bapak dia. Aku?? Haha aku bab cover line nih power beb.
Haha tu dulu sekarang dah tak dah.
seketika kemudian selepas terlepas dari pandangan pak imam, macam2 la kutukan yang bakal terkeluar terhadap pak imam. Antaranya.
Tak guna wak imam tu, sikit lagi aku nak menang lawan selam tadi.
Dan
Sial la, tekak aku haus la pulak lari dari wak imam tu.
Kemudian muncullah idea jahat apabila terlihat orang jual air katira dan abc rock dah mula bukak kedai. Masing-masing seluk poket. Kumpul-kumpul sampai cukop singgit. Hahaha anta budak yang paling kecik sekali pegi beli air tuh. Brader tu pon tak la banyak songeh sangat kalau yang beli tu budak tadika. Haha pandai tak?
Pastu port kat belakang balai raya. Minum la ganti2 haha. da abis minum sambung main lamprit . pastu agak2 dah petang balik la umah dengan buat muka yang teramat haus. Padahal perut dah kembung minum air kehkeh.memang celaka
Haa itulah antara aktiviti aku bila berpuasa disiang hari. Nak tau macam mana aku keadaanya di malam hari ketika bulan puasa?? Haa tunggu next entry.

No comments:
Post a Comment