Sunday, 7 August 2011

unta parit raja

assalamualaikum dunia blogger. anak unta berbonggol ini baru mengenal dunia blogger. so mintak tunjuk ajar la ye. mintak jangan di maki..haa nanti kena maki balik dalam bahasa unta.

first, nama penuh tuan unta ni mohamad solehin bin robian. asal parit raja, tadika pon kat parit raja. sekolah rendah pintas puding kat parit raja. sekolah smk tun ismail, parit raja, sekarang kat uthm parit raja. ya aku anak jati kampung parit raja. jangan cakap aku anak mak. sebab aku anak bapak jugak, marah nanti bapak aku. kesian dia besarkan aku dari kecik sampai besar macam ni.

ok memandangkan korang semua dah baca banyak pasal parit raja so first entry aku pasal parit raja lah. korang semua tak tau kat mana parit raja tu kan?? haa mesti ramai tak tau kan? jangan hipokrit ea. budak uthm tau la kot. haa parit raja ni kat batu pahat dan mestilah kat negeri johor. dan pasti kat malaysia jangan memandai nak cakap dekat dengan batam. pegi google map kalau tak percaya.


apa best nye parit raja ni? parit raja ni femes nye mestilah dengan kerepeknye. khasnye kat pisang salai. biasanye time musim kenduri kawin banyak la orang datang kat tempat orang buat pisang salai tu. aku tau pon pasal dulu selalu ikut bapak aku pergi jual pisang kat kilang tu.


ha macam ni lah bentuk pisang salai tu bagi yang tak tau

selain kerepek apa lagi yang hebat pasal parit raja ni ek. ha dah nama pon parit raja mestilah dengan parit nye. ye dak? ha kat sini nama kampung banyak nye mesti ada nama parit kat depan dia. contoh macam kampung aku parit jambul. kampung sebelah nama dia parit daun ha macam tu lah. kalu nak citer pasal nama kampung ni penat pulak nak menaip. dah la pakai broadband member marah pulak dia nanti.

nak dicerita lagi parit raja juga aktif dengan aktiviti kuda kepang. tapi semenjak diharam kan oleh JAIJ macam dah tak pernah dengar cerita lagi.

lagi satu pasal parit raja ni, ok ni bukanlah nak kutuk tapi realiti. jalan parit raja atau nama atau jalan kluang adalah antara jalan paling bahaya kat johor ni.haa nak dijadikan cerita setiap dua hari mesti ada kes kemalangan yang membabitkan kematian. yang cakap ni entah polis trafik mana aku tak ingat yang pasti dia mention ni time lepas sembahyang jumaat time puase tahun lepas. kalau tak percaya tengok ni jalan berbahaya di johor

ha tu je la kot buat first entry nih sekarang pon dah 2 pagi mana nak sahur ye dak? ha ok lah wat blog walker tu rajin-rajin lah tekan button follow tu. maklumlah tengah excited lagi nak wat blog ni.

No comments:

Post a Comment