Thursday, 29 September 2011

jalan kluang jalan makan darah

aku tak tau nak cakap macam mana. dalam masa tak sampai seminggu 2 orang jadi korban kat jalan pt raja ni. 2 hari lepas budak baru umur 16 tahun jadi korban. bukan orang lain, member aku. tak sanggup aku nak cerita.

tadi baru 2 hari lepas kejadian tadi, ada satu lagi accident. motor berdentum dengan honda city. ada dua orang kat moto tu. masa aku sampai mangsa baru diangkat dalam ambulance.

aku tengok pembantu perubatan dalam tu cuma berusaha kat sorang mangsa je. aku tengok yang sorang lagi tu dah tak bergerak. aku pon tak berani nak cakap macam apa jadi kat dia tu.

kalau tengok betol2 cermin depan driver tu pecah sebab orang nye terhentak kat situ


aku tak nak cerita lebih-lebih pasal accident ni. apa yang aku nak cerita pasal JALAN.


seingat aku jalan pt raja ni mula di upgrade masa aku sekolah menengah tingkatan dua. sekarang aku dah tahun dua dekat universiti. kalau dikira dah dekat sepuluh tahun buat jalan ni. dan sampai sekarang masih tak siap lagi.

dah puas aku tengok orang accident kat jalan pt raja ni. yang mati? jangaan cerita lah

sampai aku pon naik histeria. kadang-kadang tu nak menyeberang masok ke rumah aku pon aku takot. sampai sanggup aku buat u-turn kat traffic light.

pada semua yang melalui jalan pt raja ni tolonglah, jangan mentang-mentang jalan ada dua line korang bantai macam highway. ok lah aku pon tak nak membebel banyak-banyak. maklumlah umur pon belum layak nak mengundi. zakat pon masih wak robian yang tunaikan.  aku nak cakap satu je. pandulah dengan berhemah.

p/s: ingatlah orang yang tersayang

Sunday, 25 September 2011

best tak best bila universiti di tempat sendiri

satu masa dulu time muda-muda, mak aku selalu pesan, "ihin, belaja rajin-rajin. nanti boleh masok universiti, boleh belajar jauh-jauh"
 tapi apa jadi sekarang. universiti tetap dapat tapi dekat dengan rumah pulak. nak wat macam mana. da rezeki aku dekat sini, terima je lah.

memang bila dapat belajar dekat ni sangat untung. segala hal remeh temeh ni boleh setel dengan simple dan efisyen. contoh paling senang?
 pastilah soal makan. haa lapar-lapar tak payah susah-susah nak keluar pegi cari warung ke. masak maggi ke. senang je. bukak je tudung saji tu. kompom ada lauk. paling cikai pon mesti ada ikan goreng.
tapi bab makanan ni boleh jadi tak best. benda ni berlaku bilamana sesekali nak keluar makan dengan member kat warung, satu ayat yang menusuk kalbu bakal menerpa telinga, aik, rumah dekat pon nak makan kat warung? mak kau tak masak ke? terus tak jadi makan. order sirap ais limau je.

selain makan, benda yang jadi senang bila belajar dekat ni adalah perihal rumah. bila kontrak duduk asrama dah habis, mula member-member yang lain sibuk nak cari rumah sewa la, pergi interview untuk mohon asrama bagai. aku? rilek dan cool je. dok rumah sendiri je.tak payah nak risau.
ada siap boleh carikan member rumah sewa lagi. haa kepada member2 yang dok umah sewa hasil usaha aku tu kalau aku datang jangan lupa keluarkan segala lauk-pauk serta air kotak dalam ais box tu kehkekeh.

selain tu aku memang beruntung bila dapat tengok muka dan salam serta cium tangan wak robian serta cik inah setiap hari sebelum pergi kelas. tak perlu susah-susah topup untuk dengar suara diorang. tapi bila dah duduk dekat rumah ni macam terlebih pulak dengar suara diorang ni. pantang terlepas sikit.
kalu cik inah punye ayat boleh tahan lagi. tapi bila wak robian dah bersuara, perghhh menusuk kalbu der.

"ehin awak tu kan dah besar. belajar tinggi sampai ke universiti. tapi tengok bilik tu dah macam tempat kapal karam dah. itu tempat tidur ke tempat jin bertendang? "  blablabla

bawak sampai petang. tu baru perihal bilik. belum sampai perihal makan banyak, perihal pointer lagi. lagi mau berminggu tahan dia punya ceramah


bila belajar dekat-dekat ni, senang je nak jawab bila member tanya benda-benda remeh macam mane makan sedap dan murah, mana nak cari barang murah dan lain-lain. tapi akan jadi sangat bengang bila member-member tanya benda-benda pelik yang kat parit raja ni. contohnya kat sini mana ada swiming pool? mana la aku tau. kalau aku kecik-kecik dulu, swiming pool aku kalu tak sungai atau parit, kolah orang amik air semayang pon boleh layan. tapi tu dulu la sekarang tak lagi dah. penat dah main kejar-kejar dengan pak imam.

lagi satu bestnya belajar dekat ni, dapat bahan member-member yang belajar jauh-jauh dan ada home sick. time tu jangan la bag aku nampak status facebook orang yang ckap rindu kampung ni. memang bakal menjadi mangsa aku. dengan senag hati je aku komen.
nak aku sampaikan salam kat mak ayah korang ke? aku start moto je kalu nak. kahkahkah


selain tu ada satu tak boleh aku lupa bila ada seorang ayah member aku cakap. time tu musim student balik kampung
"lepas ni balik kampung naik bas henti-henti tanjau je la ye."



 sori la pakcik aku mana layan bas tanjau ni aku layan bas causeway link je.ad aircond




tapi bila sampai masa reunion aku pulak jadi mangsa. lagi-lagi bila cikgu tanya. awak sekarang belajar kat mana solehin? huh tak sempat aku jawab da ada kedengaran suara puaka
"dia penjaga kawasan pt raja cikgu. mana nak belajar jauh-jauh belajar kat uthm je"
huh tak da adab betul. kalu ye pon nak bahan aku tunggu la aku jawab dulu.tapi baru nak jawab lepas komen tu. cikgu dah tambah dah.
" la macam tu senang la makan free. patotla badan pon besar sihat je."
time tu terus aku lupakan niat aku nak promote uthm.

p/s: hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, tapi kalau hujan kat parit raja aku kat bilik tengah tido

Thursday, 15 September 2011

merdeka dulu-dulu

Assalamualaikum semua. Haa amcam semua?? Harap-harap semua ok lah ye. Memandangkan sekarang ni tengah mood hari merdeka dengan hari Malaysia, aku pon mestilah tak nak terlepas dari mengucapkan selamat menyambut hari merdeka dan hari Malaysia kepada semua ye.

meh sama-sama teriak MERDEKA!!  Wah semangat pulak. Maklumlah, anak pesara tentera ni memang kuat sikit semangat patriotik nye. Cewah

Untuk entry kali ni aku nak cerita macam mana gayanya sambutan merdeka masa aku kicik-kicik dulu kat kampong aku ni. Dulu kalau kat tv tu dah mula start pasang lagu sudirman 31 ogos tu, mula la dia punya semangat. Biasanya kempen mula kat sekolah, dan macam biasa aktivitinya adalah, nyanyi lagu la, pertandingan melukis la, pertandingan menulis cerita kemerdekaan la, menulis sajak la. Ahh merepek tu semua.


Sambutan yang best mestila dekat bandar batu pahat. pegi bandar la baru la abang-abang. Haa aku ingat lagi dulu aku selalu tengok member aku setting basikal dia gaya chopper, dengan batang tempat duduk yang bengkok, perewel mati, kepala hendal BMX nya, ditambah lagi dengan sport rem 5 batang, pastu letak reben-reben sikit tepi hendal dan paling penting mesti ada bendera Malaysia yang besar gedabak lekat kat batang mop kat belakang beskal. Nak dapat bendera besar senang je time tu. Sekola banyak kot letak tepi padang. Apa ada hal kalau rembat sehelai dua. Semua gara-gara semangat nak pergi konvoi basikal pegi dataran batu pahat. pada budak-budak, jangan tiru style ni.


sekadar gambar hiasan



Aku? Hanya mampu melihat saja. Maklumlah wak robian ni pandai. Bagi basikal besar yang ada gear, dia tau kalau bagi aku basikal mini, mesti berubah wajah punya bendalah tu. so tak dapatla aku nak join member-member aku pergi konvoi tu. Kalau nak pergi dataran kena pergi dengan family. tak pa yang penting aku dapat gak pergi dataran tengok bunga api. Kalau tak memang aku tak nak pergi sekolah seminggu. Memang rasa kena pulaulah kalau tak tau apa jadi kat dataran batu pahat malam ambang merdeka tu.

Itu kat dataran batu pahat. Bila tiba hari merdeka yang real apa pulak cerita nya?

Haaa Dulu kampong aku akan buat sukan neka. Peh meriah beb. macam-macam ada. boling kelapa, sepak raga, macam-macam lagilah. Pastu ada pulak konvoi basikal mengelilingi kampong tanpa mengira jenis basikal. haa part ni la paling best. Time tu aku da kompom-kompom la tak nak lepas. Da konvoi pegi batu pahat tak join takkan keliling kampong pon tak ikot. Mana boleh jadi.

Tapi ada satu masalah, basikal aku tak da bendera. Mana nak cari bendera pagi-pagi buta? kedai semua belum bukak lagi. Apa lagi. Tak pikir panjang dah. rembat je bendera dekat pusat peladang sebelah umah aku.  Yang penting dapat join konvoi.

Tapi apa aku tengok sekarang ni. Bila tengok harian metro, parti seks malam merdeka. Sedih aku. Ini ke bakal pewaris Negara. Baik ikot macam aku kecik-kecik dulu konvoi naik basikal ramai-ramai lagi best. Dah la aku malas nak cerita banyak-banyak. Jap lagi nak main futsal. Da 4 bulan tak main futsal debgan member aku yang ni.

p/s: budak-budak kalau kantoi rembat bendera jangan memandai jual nama aku, cakap aku yang ajar. aku rembat sorang-sorang nanti.