Thursday, 15 September 2011

merdeka dulu-dulu

Assalamualaikum semua. Haa amcam semua?? Harap-harap semua ok lah ye. Memandangkan sekarang ni tengah mood hari merdeka dengan hari Malaysia, aku pon mestilah tak nak terlepas dari mengucapkan selamat menyambut hari merdeka dan hari Malaysia kepada semua ye.

meh sama-sama teriak MERDEKA!!  Wah semangat pulak. Maklumlah, anak pesara tentera ni memang kuat sikit semangat patriotik nye. Cewah

Untuk entry kali ni aku nak cerita macam mana gayanya sambutan merdeka masa aku kicik-kicik dulu kat kampong aku ni. Dulu kalau kat tv tu dah mula start pasang lagu sudirman 31 ogos tu, mula la dia punya semangat. Biasanya kempen mula kat sekolah, dan macam biasa aktivitinya adalah, nyanyi lagu la, pertandingan melukis la, pertandingan menulis cerita kemerdekaan la, menulis sajak la. Ahh merepek tu semua.


Sambutan yang best mestila dekat bandar batu pahat. pegi bandar la baru la abang-abang. Haa aku ingat lagi dulu aku selalu tengok member aku setting basikal dia gaya chopper, dengan batang tempat duduk yang bengkok, perewel mati, kepala hendal BMX nya, ditambah lagi dengan sport rem 5 batang, pastu letak reben-reben sikit tepi hendal dan paling penting mesti ada bendera Malaysia yang besar gedabak lekat kat batang mop kat belakang beskal. Nak dapat bendera besar senang je time tu. Sekola banyak kot letak tepi padang. Apa ada hal kalau rembat sehelai dua. Semua gara-gara semangat nak pergi konvoi basikal pegi dataran batu pahat. pada budak-budak, jangan tiru style ni.


sekadar gambar hiasan



Aku? Hanya mampu melihat saja. Maklumlah wak robian ni pandai. Bagi basikal besar yang ada gear, dia tau kalau bagi aku basikal mini, mesti berubah wajah punya bendalah tu. so tak dapatla aku nak join member-member aku pergi konvoi tu. Kalau nak pergi dataran kena pergi dengan family. tak pa yang penting aku dapat gak pergi dataran tengok bunga api. Kalau tak memang aku tak nak pergi sekolah seminggu. Memang rasa kena pulaulah kalau tak tau apa jadi kat dataran batu pahat malam ambang merdeka tu.

Itu kat dataran batu pahat. Bila tiba hari merdeka yang real apa pulak cerita nya?

Haaa Dulu kampong aku akan buat sukan neka. Peh meriah beb. macam-macam ada. boling kelapa, sepak raga, macam-macam lagilah. Pastu ada pulak konvoi basikal mengelilingi kampong tanpa mengira jenis basikal. haa part ni la paling best. Time tu aku da kompom-kompom la tak nak lepas. Da konvoi pegi batu pahat tak join takkan keliling kampong pon tak ikot. Mana boleh jadi.

Tapi ada satu masalah, basikal aku tak da bendera. Mana nak cari bendera pagi-pagi buta? kedai semua belum bukak lagi. Apa lagi. Tak pikir panjang dah. rembat je bendera dekat pusat peladang sebelah umah aku.  Yang penting dapat join konvoi.

Tapi apa aku tengok sekarang ni. Bila tengok harian metro, parti seks malam merdeka. Sedih aku. Ini ke bakal pewaris Negara. Baik ikot macam aku kecik-kecik dulu konvoi naik basikal ramai-ramai lagi best. Dah la aku malas nak cerita banyak-banyak. Jap lagi nak main futsal. Da 4 bulan tak main futsal debgan member aku yang ni.

p/s: budak-budak kalau kantoi rembat bendera jangan memandai jual nama aku, cakap aku yang ajar. aku rembat sorang-sorang nanti.

No comments:

Post a Comment