Sunday, 25 September 2011

best tak best bila universiti di tempat sendiri

satu masa dulu time muda-muda, mak aku selalu pesan, "ihin, belaja rajin-rajin. nanti boleh masok universiti, boleh belajar jauh-jauh"
 tapi apa jadi sekarang. universiti tetap dapat tapi dekat dengan rumah pulak. nak wat macam mana. da rezeki aku dekat sini, terima je lah.

memang bila dapat belajar dekat ni sangat untung. segala hal remeh temeh ni boleh setel dengan simple dan efisyen. contoh paling senang?
 pastilah soal makan. haa lapar-lapar tak payah susah-susah nak keluar pegi cari warung ke. masak maggi ke. senang je. bukak je tudung saji tu. kompom ada lauk. paling cikai pon mesti ada ikan goreng.
tapi bab makanan ni boleh jadi tak best. benda ni berlaku bilamana sesekali nak keluar makan dengan member kat warung, satu ayat yang menusuk kalbu bakal menerpa telinga, aik, rumah dekat pon nak makan kat warung? mak kau tak masak ke? terus tak jadi makan. order sirap ais limau je.

selain makan, benda yang jadi senang bila belajar dekat ni adalah perihal rumah. bila kontrak duduk asrama dah habis, mula member-member yang lain sibuk nak cari rumah sewa la, pergi interview untuk mohon asrama bagai. aku? rilek dan cool je. dok rumah sendiri je.tak payah nak risau.
ada siap boleh carikan member rumah sewa lagi. haa kepada member2 yang dok umah sewa hasil usaha aku tu kalau aku datang jangan lupa keluarkan segala lauk-pauk serta air kotak dalam ais box tu kehkekeh.

selain tu aku memang beruntung bila dapat tengok muka dan salam serta cium tangan wak robian serta cik inah setiap hari sebelum pergi kelas. tak perlu susah-susah topup untuk dengar suara diorang. tapi bila dah duduk dekat rumah ni macam terlebih pulak dengar suara diorang ni. pantang terlepas sikit.
kalu cik inah punye ayat boleh tahan lagi. tapi bila wak robian dah bersuara, perghhh menusuk kalbu der.

"ehin awak tu kan dah besar. belajar tinggi sampai ke universiti. tapi tengok bilik tu dah macam tempat kapal karam dah. itu tempat tidur ke tempat jin bertendang? "  blablabla

bawak sampai petang. tu baru perihal bilik. belum sampai perihal makan banyak, perihal pointer lagi. lagi mau berminggu tahan dia punya ceramah


bila belajar dekat-dekat ni, senang je nak jawab bila member tanya benda-benda remeh macam mane makan sedap dan murah, mana nak cari barang murah dan lain-lain. tapi akan jadi sangat bengang bila member-member tanya benda-benda pelik yang kat parit raja ni. contohnya kat sini mana ada swiming pool? mana la aku tau. kalau aku kecik-kecik dulu, swiming pool aku kalu tak sungai atau parit, kolah orang amik air semayang pon boleh layan. tapi tu dulu la sekarang tak lagi dah. penat dah main kejar-kejar dengan pak imam.

lagi satu bestnya belajar dekat ni, dapat bahan member-member yang belajar jauh-jauh dan ada home sick. time tu jangan la bag aku nampak status facebook orang yang ckap rindu kampung ni. memang bakal menjadi mangsa aku. dengan senag hati je aku komen.
nak aku sampaikan salam kat mak ayah korang ke? aku start moto je kalu nak. kahkahkah


selain tu ada satu tak boleh aku lupa bila ada seorang ayah member aku cakap. time tu musim student balik kampung
"lepas ni balik kampung naik bas henti-henti tanjau je la ye."



 sori la pakcik aku mana layan bas tanjau ni aku layan bas causeway link je.ad aircond




tapi bila sampai masa reunion aku pulak jadi mangsa. lagi-lagi bila cikgu tanya. awak sekarang belajar kat mana solehin? huh tak sempat aku jawab da ada kedengaran suara puaka
"dia penjaga kawasan pt raja cikgu. mana nak belajar jauh-jauh belajar kat uthm je"
huh tak da adab betul. kalu ye pon nak bahan aku tunggu la aku jawab dulu.tapi baru nak jawab lepas komen tu. cikgu dah tambah dah.
" la macam tu senang la makan free. patotla badan pon besar sihat je."
time tu terus aku lupakan niat aku nak promote uthm.

p/s: hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, tapi kalau hujan kat parit raja aku kat bilik tengah tido

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. xmerasa la naik bus express ye dik...

    -salam ziarah dari blogger UTHM-

    ReplyDelete
  3. wahahaha..cikpuannurul,nak kim salam kat mak bapak ke?? bole start moto sekarang kahkah
    tu lah..dapat nek bas colourplus je..hehehehe

    ReplyDelete
  4. best pe bro rmh dkat..saving sket..haha..

    ReplyDelete
  5. best memang best..tapi kalau nak makan kat warung pon boleh kena sound mau jadi tak best gak benda tu..haha

    ReplyDelete