Sunday, 30 October 2011

under dog hanya pada nama

malam tadi, tengah aku syok-syok layan game nogoghi 9 vs ganu. tiba-tiba, tipon aku mengeluarkan bunyi menandakan ada brader kol aku.

brader: hello sol besok ko free tak?
aku:     tak tau lagi. apa hal?
brader: tak da la kalau ko free aku nak ajak ko main futsal sok.
aku:      ha kalu men futsal aku free kot (ceh dengar futsal terus free)
brader: ha kitorang kat warung cik ipin ni tengah isi borang.
aku:      ha ok2 sok aku datang

besok nya pagi-pagi lagi aku dengan adik aku dah terpacak kat warung tu. lupa nak cakap adik aku pon main sekali tapi tak satu team dengan aku.

lepas tu datang sorang brader. adam nama dia. dia la yang ajak aku main.
dia cakap

"sol, aku bagi kau team power ni, korang kompom pergi ni., team aku dengan team adik kau wat kacau liga je bagi senang jalan kau."

aku pon tengok list nama team aku. aku senyum sengsorang. pergghh semua jaguh kampung aku ni. paling tidak pon mesti sampai semi final ni. getus hati aku riak yakin.
aku tengok adik aku, aku buat muka dah dapat piala kejohanan dah. dan juga muka yang berbunyi ahh kau tak yah datang pon tak apa. sibuk je nak main. kihkihkih

so, bermulalah LIGA BELIA 4B. jangan tanya apa 4b tu, aku pon tak tau. adik aku punya team start the game. menang pulak tu. aku dalam hati, "kalau team adik aku yang junior tu bole makan,team aku kompom bole makan semua ni.

lepas beberapa perlawanan sampai la giliran team aku. dan team aku dan sudah semestinya aku bermain dengan penuh semangat (padahal goalkeeper je pon) berdas-das try kitorang bagi kat opponent. lebam-lebam jugak aku tengok goalkeeper opponent. so the result 2-1,

yup team aku 1. lahanat. perghhh malu gila. team pilihan kalah 1st game, team under dog pulak yang menang. tak apa, baru satu game kita main liga, team mate aku cuba menenangkan keadaan.

namun apa yang berlaku team kitorang tetap kalah next game, 2-1 dan hanaya mampu seri 1-1 dalam game seterusnya. sakit tangan dengan kaki aku, hati jangan cerita la.lagi perit. da la main dekat home. tengok-tengok team junior je yang dapat pergi second round.

so kitorang mula putus harapan. maklumlah harapan tinggi kot. tapi grouping pon tak lepas. aku pon tengok team junior ni macam tak boleh pergi jauh jugak. yela team first pon dah tapau awal. takkan team yang sekadar wat penuh list group boleh pergi lagi jauh ye dak?

tapi apa yang berlaku, satu-satu team opponent team junior ni diorang tapau. diorang tunjuk yang diorang pon sama je dengan team yang lain walaupun team lain jauh lebih senior dan ada pengalaman. dan last sekali diorang sampai ke final dan johan liga tu. keluar je dari gelanggang, adik aku buat muka sebijik macam aku buat masa mula-mula tadi. celaka. nasib baik kat public, kalau kat rumah tu dah makan pelempang jepun sedas dah tu.

tak apa. tahun depan liga tu ada lagi. tengok siapa buat muka lepas ni.

so apa yang aku nak cakap, biarlah apa pandangan orang kat kita, apa yang penting kita tau yang kita jauh lebih baik dari pandangan orang tu.


you all deserve the win status bro
tahniah team PJL d

                                   
p/s: apsal kalau kalah futsal aku sangop tunggu sampai tahun depan tapi kalu kalah dalam exam aku boleh down sampai rasa dunia dah nak berakhir?

2 comments:

  1. nak ajak team PJL friendly dgn team aku bole??kih kih kih...tahniah anak robian (KHAS utk min sahaja)

    ReplyDelete