Assalamualaikum semua. Ok sekarang aku nak sambung cerita pasal karaoke kat majlis kenduri kahwin tu. Kalau sesiapa yang belum baca kisah sebelumnya boleh klik kat sini karierku sebagai DJ 1
Ok belom pon habis pak cik otai tu nyanyi lagu broery marantika tu dah ada 3-4 keping kertas singgah kat meja tempat aku port tu. Macam-permintaan lagu yang terpaksa aku turutkan. Cewah dah macam DJ radio sinar fm pulak tunaikan permintaan lagu bagai.
Ada la jugak satu jam aku terpaksa layan mamat karok ni. Aku tengok budak kecik yang lap pinggan berhampiran kelihatan meluat tengok yang bejoget belakang aku. Mesti dalam hati tengah cakap “aku yang baru sekolah rendah ni pon dah rajin lap pinggan bagai korang yang dah dekat-dekat dengan seruan kubur tu bawak-bawak la tolong potong bawang ke angkat periuk ke” haa aku cakap berdasarkan pengalaman rewang ku sendiri tau.
Sehingggalah terdengar sayup-sayup paluan kompang. Haa tu tandanya loceng rehat aku dah berbunyi. Haa makan time. Aku kalau bab-bab makan nih, tak payah nak cerita. Tengok badan pon dah tau macam mana kan? keh keh keh. Dah tak payah lebih-lebih pulak pasal ni. Umpama membuka pekung diperut sendiri pulak.
Habis je alunan kompang tu aku masih rilek lagi. Pasal bapak aku dah warning awal-awal mesti bukak lagu pengantin lepas orang main kompang. Bila dah habis lagu pengantin layan pulak group kompang dengan wakil pengantin dari sebelah yang datang karaoke. Ok lah diorang punya kepala boleh layan lagi.
Sehingga lah satu ketika datang seorang yang dari tadi aku tengk tak berhenti buat kerja. Bagi kertas kat aku. Aku ingat dia pon nak nyanyi jugak, maklumlah dah penat seharian membantu menjayakan majlis. Tapi ternyata sangkaan aku meleset. dekat kertas tu tertera no plat, jenis dan warna sebuah kereta. “dik tolong soh kereta ni parking tempat lain abang nak angkat lauk tambah susah.”
Seriously gua respect dengan orang yang dalam ayat nye ada perkataan tolong dan tanpa ada sebarang unsur paksaan.
Apa lagi mengelabah aku. Maklumlah tak penah cakap kat mikrofon dekat majlis orang. Akhirnya dengan lafaz bismillahirahmannirrahim.
“perhatian kepada pemilik kenderaan sekian-sekian sila alihkan kenderaan anda kerana kenderaan anda menghalang perjalanan majlis”
Cewah dah macam pengunguman dalam hyper market pulak. Celaka betol hahaha
Sampai lah satu tahap apabila dua orang yang aku tengok lelaki pon bukan perempuan pon bukan. Aku suspek ni mesti pak andam nih. Kalu dah nama pon Pak andam paham-paham la ye. Dia punya gaya jalan perghhh punya seksi tapi aku masih tak terliur lagi la. Ingat aku straight guy ok. Datang kat aku dengan suara ramli sarip nya “dik, lagu ramlah ram ada?” seperti yang dijangka hahaha.
tapi bagai tak disangka. suara peh sedap kot. kalah pak cik yang nyanyi lagu broery tuh. peh habis je pak andam tu nyanyi, betepuk jemputan yang datang siap ada yang berdiri lagi. haa tu la lain kali jangan pandang orang tak ada mata.
kemudian aku pon terus dengan tugas ku sehingga tamat majlis
| wak robian dengan set karaoke nya |
abis je majlis terasa letih satu badan. ni jugak la agaknya penat yang bapak aku rasa apabila melayan perangai macam-macam jenis orang nih. baru aku tau memang susah untuk cari duit buat sara anak-anak. full repect kepada wak robian
* ps: sape2 nak wat karaoke dalam apa2 majlis bole hubungi saya
ye ah. dah buat keje mak atau bapak kite, baru tau mcm mne rasenye kan. hahah. klaka2..
ReplyDelete