Wednesday, 24 August 2011

teratak wak robian

Assalamualaikum dunia blogger sekalian. Arini secara rela paksa aku punya aktiviti adalah mengecat rumah. Maklumlah dah nak raya kan. Lebih-lebih lagi mengecat umah ni adalah di atas titah perintah wak robian. Maka tak boleh lah banyak songeh. Jika makcik inah yang memberi arahan boleh  settle tepi lagi. Tapi kalau wak robian paham-paham la ye.


Tengah sedap2 aku mengecat umah kaler kuning, ditambah baunya yang macam celaka serta dibawah terik mentari. Datang sekor makhluk. Dengan ketinggian 3 kaki lebih. Memakai baju rasmi tabika kemas. Dengan selamba nya dia minum air kotak yeos perisa laici saiz kanak-kanak.

Huh memang menguji keimanan puasa aku. Celaka. Nak je aku bagi ceramah mengunakan bahasa antarabangsa iaitu jawa. Tapi memandangkan dia cakap bahasa melayu pon x selancar arwah kucing aku lagi, maka bek aku lupakan nak ceramah bahasa rasmi aku selepas bahasa melayu tu.


Tapi aku tak nak cerita pasal budak tu. Buat sakit ati aku je.  Sekarang aku nak cerita pasal umah aku. Siap je ngecat bahagian depan umah, aku pon pergila ke jalan raya. Tujuannya untuk tengok hasil seni aku la. Mana la tau ada kecacatannya. Maklumlah nobody perfect right? Cewah speaking pulak. Cakap melayu pon gagap.




amcam? lawa x aku punye seni mengecat?


Sedetik aku melihat umah aku tu terlintas sesuatu kat memori kenangan zaman silam. Bila aku tengok rumah tu, aku teringat, kat sini la tempat aku membesar.  Dekat sini la aku menimba banyak pengalaman. Bak kata malique dalam lirik mantera beradu bersama M nasir,

‘ijazah terbaik datangya dari jalanan, dari pengalaman dan bercakaran.’


Eh jap2. Kalau macam tu sia2 la aku amik ijazah mekatronik kat uthm ni. Sia-sia je pinjam ptptn kalau macam ni.  Haha ye la mana lagi tempat belajar erti kehidupan yang terbaik selain rumah sendiri ye dak?



Di teratak nilah 
aku belajar erti kehidupan.
Di teratak inilah 
aku belajar erti kesenangan.
Namun Di istana ini juga
 aku belajar erti kesusahan.

Di teratak inilah 
aku belajar erti kehidupan.
Di teratak inilah 
menitisnya peluh abah dan mama.
Namun di istana inilah 
terukir nya senyuman abah dan mama bila dengar anak-anak Berjaya.


Di teratak inilah 
aku belajar erti kehidupan.
Di teratak inilah 
aku berbalah dengan adik-beradik.
Namun di istana inilah 
aku membesar dengan bahagianya bersama adik-beradik.

Di teratak inilah 
aku belajar erti kehidupan.
Di teratak inilah 
aku dipaksa menolang abah membuat bermacam kerja.
Namun di istana inilah 
aku belajar pertolongan aku tak seberapa 
jika dibandingkan dengan pengorbanannya.

Di teratak inilah 
 aku belajar erti kehidupan.
Di teratak inilah
 aku membina kenangan yang sentiasa di ingatan.
Dan di istana inilah
 aku berharap kebahagiaan akan terus berkekalan.

           (lihin robian, 2011) 


p/s : ok aku memang tak power kalu bab ayat puitis+  puisi.   =,=”

6 comments:

  1. fuyooo...kuning nye yoep oiii.... meriah kome raya tahun ni... hehe..

    ReplyDelete
  2. haha asla dapat lagi duit raya maknanya meriah la raya taun ni..

    ReplyDelete
  3. ayat dah mula macam 1001 perempuan..tahniah sol..HAHA :D

    ReplyDelete
  4. hahaha...tp x kn pnah setanding dgn mr c..lg puitis kot

    ReplyDelete
  5. perghhh....bley ar dtg umah beraya

    ReplyDelete