Assalamualaikom semua. Ha tengah semangat lagi nak update blog. Haa hari ni aku nak cerita pasal kenangan dulu-dulu. Tadi aku hantar adik aku pegi sekolah. Baru darjah tiga. Sekarang ni kat sekolah tu darjah tiga pon sesi petang kalau zaman aku dulu darjah tiga dah masok sesi pagi dah. Kira dah boleh buli budak-budak darjah satu dengan dua lah pasal diorang sesi petang. Berbalik pasal kes aku hantar adik aku tu, tup-tup je lepas aku turunkan adik aku ada satu Honda bulat warna biru lalu sebelah aku. Apsal aku macam kenal je moto keramat nih. Aku pon tanya la adik aku sapa yang bawak moto tu. Adik aku jawab itu cikgu dia. Cikgu matematik. Haa kompom ini jugak lah cikgu yang ajar aku dan moto Honda bulat tu jugaklah yang bawak dia TIGA BELAS TAHUN lepas. Respect la sama lu cikgu.
![]() |
| sekadar gambar hiasan |
Teringat balik time darjah satu dulu. Haa kalau nak ikot time ini tengah masa-masa terjal nya anak wak robian ni. Dulu kalau nak pegi sekolah sesi petang ni pehhh bukan main semangat aku. Masok pkul 12.45 tapi pukul 11 aku dah start naik basikal tayar mati pegi sekolah. Padahal sekolah bukan jauh pon kalau nak keluar awal. Tapi sebab utamanya nak sampai awal kat sekolah sebab nak main lamprit dengan member-member hahahaah. Bagi sesiapa yang tak tau lamprit tu apa. Lamprit tu sejenis permainan kejar-mengejar . sapa yang jadi kena kejar member yang lain. Kalau dapat kejar kira budak tu jadi la. Dia plak kejar yang lain. Member-member pon ramai la datang awal sama seangkatan dengan aku. Hahaha tengahari buta main lamprit.memang tak matang time tu. Haha macam-macam skill kluar. Gaya-gaya side step orang main ragbi pon ada bagi elak kena cuit. Hahaha style tak?. Time tu aku masih slim lagi. Lari pon masih ada saing-saing wak se nyambek lagi. Tak macam sekarang. Hahaha.
So apa terjadi lepas main lamprit kompom lah baju basah sebab peluh. Berbalik pada cikgu Honda bulat tu tadi cikgu surainah nama dia, kelas matematik dia start mula-mula sekali hari selasa dengan rabu kot. Tak pasti la yang kompom nya kelas dia berturut dua hari sebab aku ingat lagi kalau hari ni dia bagi kerja besok kompom dia nak tengok. Bila dia masok kelas dia tengok budak lelaki semua dah tak rupe orang dah. Bila dia tanya apsal semua macam ni masing jawab datang sekolah naik basikal cikgu sebab tu bepeluh. Hahaha kecik-kecik da pandai menipu lahanat betul. agak-agak budak sekolah sekarang menipu tak??
Besok nya semua budak lelaki yang basah kuyup dengan peloh kena panggil depan kelas dengan cikgu surainah ni tadi. temasok la aku sekali. Mula-mula agak tertanye-tanye gak ap kes ni. Rupenye ada budak perempuan hampeh mana entah repot kat dia yang kitorang bepeloh sebab main lamprit. peh apa lagi masing-masing dah mengigil dah. Nak tau apa cikgu tu buat? Haa sekali dia dah prepare cili padi yang kecik tu dari rumah. Dia kasi tenyeh mulut sekor-sekor yang kencing dia. peh bukan setakat berasap, mau tebakar beb. Air sume dah abis pasal buat minum mase main lamprit tadi. Rehat kompom lame lagi kelas baru start kot. Nak pegi bilik air dah tak berani nak becakap dengan cikgu tuh. Hah apa lagi nak tak nak tepaksa la kebas air budak perempuan bantai sampai abis. Ada la jugak yang bajet konon tak nak minum air budak perempuan konon tak macho. Ceh baru darjah satu da nak macho bagai. Last nya minum gak tak tahan tengok kitorang teguk air tuh.
Bila balik rumah bibir masing-masing merah j ala-ala nak bengkak. Mak aku tanya apsal bibr tu.aku senyap je. Gila nak bagi tau mau kena tambah dengan libasan hanger dari wak robian. maklumlah, pegawai waran satu angkatan tentera malaysia, dengar suare pon da mengigil. Lepas tuh da tak semangat dah nak datang sekolah awal-awal, pasal da tak bole main lamprit.


haaha..sol2..
ReplyDeletefahmi hahaha tapi kalau x da cikgu tu x da la kt mane ak kt sini arini..terima kasih cikgu surainah
ReplyDelete